Kek lapis pandan coklat (kukus)

Kek lapis pandan coklat (kukus)
_______________________________
-bahan yg cukup mudah dan warna amat menyelerakan…tambahan padanan pandan dan coklat amatlah terbaik.

(Bahan-bahan)

10 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
1 gelas gula halus
2 1/2 gelas tepung gandum
2 sudu teh baking powder
400gm mentega
1 sudu teh browning sugar / perisa coklat
1 bekas kecil serbuk koko
2 gelas susu tepung
pewarna hijau & perisa pandan

(Cara-cara)

pukul mentega & gula hingga kembang.

Kemudian masukkan telur satu persatu.Kacau hingga sebati.

sesudah itu, masukkan tepung gandum & baking powder.Kacau lagi,bila adunan sudah sebati masukkan pula susu pekat manis, seri kaya & susu tepung.

bahagikan adunan kepada 2 bahagian..

Bahgian A) campurkan dengan serbuk koko & browning sugar@ perisa coklat.

Bahagian B) campurkan dengan perisa pandan & pewarna hijau.

sediakan loyang, kukus warna coklat dulu kemudian di ikuti dengan warna hijau..ulang proses yg sama hingga habis.

*# kukus setiap lapisan dlm masa 5minit*#

selamat mencuba~~

credit : Jep Mcarron‎

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *