Kek Lapis Hati Pari / Parek
Kek Lapis hati pari/parek (kukus)
_________________________________
Kek ni adalah antara kek yang paling wajib dibuat sebab rasa ya manis dan masam…malahan ianya adalah antara kek wajib ada disetiap perayaan..kek ni adalah kek yang paling tahan lama….cubalah…!
Bahan bahan
500 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
1 3/4 gelas gula pasir
1 gelas gula pasir – dijadikan gula hangus
5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8″x8″ yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium
Cara-cara memasak:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Tumbuk kismis hingga hancur lumat dan kemudian ambil 75 gram tepung yang diayak tadi dan gaulkan dengan kismis hingga sebati.
3.Pukul mentega bersama gula hingga putih.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
5.Perlahankan kelajuan pemukul, dan masukkan susu pekat manis.
6. Seterusnya masukkan gula hangus dan juga kismis.Gaul rata
7.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan kertas aluminium.
8. Kukus selama 6 hingga 8 jam dengan api sederhana. Gunakan air panas setiap kali hendak menambah air kukusan.
Selamat mencuba….!!
(Like page untuk lebih resepi menarik)
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih ❤ ❤ ❤ ——————-