Kek Lapis Biskita
? Sharing is caring……?
?Selamat mencuba..?
.
❤RESEPI KEK LAPIS BISKITA❤
loyang saiz 9×9/8.5×8.5
RESEPI BY Cmd NanengIrmia
Dicuba oleh : Aznie Khasri
?BAHAN2
16 oz butter berkualiti anchor ( 450g )
10 biji telur gred A
185 gm gula halus
250 gm susu pekat manis
100gm tpg aiskrim vanilla
50gm /2 sdm filling mango
250gm cream cheese
280gm tepung pau ( aznie guna tepung hongkong)
50gm nestum cerelex ( aznie bubuh holick je )
2sdm browning sugar
1sdm esen vanilla
1 sdm ovellet
2sdb coklat filling
pewarna kuning ,hitam,putih
?cara2
?Pukul butter high speed+gula+susu manis+cream cheese+tpg ais krim vanilla sampai putih
?tepat berasingan pukul telur+ovellet+esen vanilla hingga kembang dlm 5 minit
masukkan ke dlm adunan butter tadi gaul rata..
?masukkan tpg nestum+tpg pau gaul rata.. bahagi kepada 3 bahagian sama rata
?hitam=coklat filling+browning sugar+pewarna hitam
?putih= biarkan kosong saja nak cantek boleh letak pewarna putih
?kuning=pewarna kuning+mango filling
?griskan loyang dengan butter lapiskan dgn kertas minyak
?bakar warna hitam berlapis2 hingga habis kemudian warna putih hingga habis akhir sekali warna kuning
?p/s lapisan pertama guna api atas bawah
lapisan seterusnya hingga habis api atas sahaja.suhu api 150°c
?guna 2 senduk nasi utk melapis
?sdm=*sudu makan
?note= kek tok boleh d bakar dan d kukus
Kredit resepi kepada Aznie Khasri via RESEPI MAMA KENT