Kek Buah Kukus Lembab

Kek Buah Kukus Lembab
Loyang saiz: 10″-12″
.
Bahan bahan:
500 gram mixed fruit
6 biji telur gred A – guna 7 gred sederhana
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil esen ros
.
Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil serbuk buah pala – opsyenal
.
Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm – guna 700 gram
1/2 cawan air sejuk
500 gm butter
.
Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dengan berhati hati dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.
.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sehingga agak suam.
.
Masukkan pula bahan ayak ke dalam adunan gula hangus tadi sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan senduk kayu hingga rata.
.
Dalam bekas lain, pukul atau blend telur sebentar. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Kacau lagi tapi jangan terlebih kacau takut buah mendap.
.
Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10″ atau 12″ yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. Boleh tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter supaya tidak melekat bila kek naik tinggi. Nota: Saya guna 4 bekas aluminium 7″x3″ dan masa mengukus adalah 1 1/2 – 2 jam sahaja. Untuk masa depan, guna 5 bekas lagi sesuai kerana kek naik tinggi. Lagi pulak, pengukus saya tidak cukup tinggi.
.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukuslah selama minimun 4 hingga 6 jam. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Selain aluminium foil, boleh juga balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap air tidak menitis ke atas kek yang sedang dikukus.
.
Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air, pastikan ditambah dengan air panas.
.
Bila kek telah masak, buka tutup pengukus dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang. Kek lebih lembab selepas 2 hari, jadi balut dengan plastik dan dibiarkan di atas meja selama 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang kering dan tajam.
.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.
.
Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.
.
Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat.
.
Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan – 1 tahun.
.
Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan untuk disimpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *