RESPI KACANG TELANJANG
CIPTAAN : Jamayah Bujang 1980
1 Kilo Kacang Tanah yang takda kulit @ Telanjang lah nama nya.
2 labu bawang Puteh
50 grm buah keras
4 Sudu kecil garam
Serebuk perasa jika suka
Cili Padi
Daun kari
Ikan Bilis Cuci dan keringkan
Cara membuat:
1. Rendam kacang tadi didlm air panas hingga kembang.
2. Tus kan kacang tadi biar habis airnya.
3. Tumbuk bawang puteh tak payah hancur.
4. Tumbuk pula buah keras.
5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk kedlm kacang.
6. Masok Garam dan serbuk perasa..
7. Biar kejap supaya mesra.
8. Sedia Kan Kuali untok mengoreng masok minyak panas kan.
9.Pertama kita goreng dulu Pusu ketepi kan
10. Goreng lagi daun kari dan Lada padi yg telah di potong.
11. Seterusnya kita goreng kacang tadi dengan minyak yg terendam ..hingga masak. Goreng kacang jaga api nya jgn terlalu kuat nanti hangus tak renggup dlm nya.
12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .
Selamat Mencuba..!
Leave a Reply