Resepi Kacang Pool (Hidangan Orang Johor!)

Kacang Pool merupakan hidangan yang lazimnya terdapat di sekitar Johor. Ianya amat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi.

Lihat saja pada juadahnya, terdapat telur dan daging. Ianya adalah sumber protein yang amat sihat tau! Amat baik jika diambil pada waktu pagi. Ianya memberikan kecergasan kepada anda. Jadi, bolehlah anda hidangkan juadah kacang pool ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Najwa Abd Razak dan terdapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Kacang Pool

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 tin kacang pool
  • 1 kg daging (dikisar)
  • 1 kg bawang merah (dikisar)
  • 2 labu bawang putih
  • 1 sudu teh jintan manis (goreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan putih (goreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 1 sudu kecil ketumbar (goreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 1 inc halia (dikisar)
  • 1 cawan air
  • Sedikit minyak atau planta untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan dimakan bersama:

  • Lada hijau (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris dadu)
  • Roti (dibakar dengan sedikit planta)
  • Telur mata lembu
  • Limau nipis

Cara penyediaannya:

  1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk.
  3. Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool.
  4. Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
  5. Rasakan garam dan gula secukup rasa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *