Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam (Merangsang Selera)

ikan tenggiri masak asam

Tercari resepi ikan tenggiri? Kali ini kami akan berkongsikan resepi masak asam ikan tenggiri. Lauk lazat yang menyelerakan dan patut cuba.

Apabila masak lauk ini, ikan mestilah digoreng dulu, atau adakah sesiapa yang tidak goreng? Kalau tidak digoreng rasanya jadi lain. Umpama masak sayur tanpa garam, kurang lazat gitu.

Walaupun lauk ini jenis berkuah tetapi ia bukan jenis berkuah banyak. Kuah inilah nanti yang akan serap rencah masak asam jadi merecik menyelerakan. Lauk ikan tenggiri masak asam sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Rasa masam-masam dan pedas boleh diejas mengikut selera sehingga budak-budak boleh makan.

Jom masak ikan tenggiri masak asam untuk makan tengah hari ini. Resepi lengkapnya kami tuliskan berdasarkan resepi daripada Syed Mohd Nazli Jmalullail‎ di laman Facebook.

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

ikan tenggiri masak asam
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan tenggiri,
  • Serbuk kunyit,
  • Garam,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia dihiris,
  • Serai diketuk,
  • Air perahan asam jawa,
  • Sos tiram (opsional),
  • Gula,
  • Cili api,
  • Bawang besar.

Cara-cara :

  1. Goreng ikan yang telah digaul garam dan serbuk kunyit. Asingkan.
  2. Tumis sehingga garing kekuningan bawang putih/merah, hirisan halia dan serai ketuk.
  3. Masukkan air perahan asam jawa, sekadar sesuap asam jawa.
  4. Boleh dimasukkan sedikit sos tiram, kalau suka.
  5. Adunkan semuanya dengan sedikit gula dan garam.
  6. Masukkan sedikit cili api, untuk sedikit rasa pedas, kalau suka.
  7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan tenggiri masak asam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *