Resepi Ikan Siakap Bersambal Pais Semua Orang Suka Makan

ikan siakap sambal

Ikan Siakap bersambal Pais merupakan hidangan yang amat popular di Pahang. Ianya merupakan ikan yang digaulkan bersama dengan gabungan rempah ratus, dibalut dengan daun pisang dan kemudiannya dibakar. Rasa hidangan ini amat lazat, gabungan pedas, manis dan masamnya membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta.

Cara pembuatan ikan siakap ini juga mudah sebenarnya. Anda hanya perlu menyediakan pesnya terlebih dahulu sebelum menggaulkan dengan ikan. Kemudian, untuk resepi kali ini, ikannya akan digrill sebelum dihidangkan. Ikan yang telah digrill pastinya lebih manis dan sedap! Bahan – bahan bagi resepi ini amat mudah untuk didapati. Ikan yang digunakan di dalam resepi ini pula ialah ikan siakap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Joha Hassan II dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ikan Siakap Bersambal

ikan siakap sambal 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan siakap segar di bersih dan di kelar pada badannya
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inch lengkuas
  • 1 inch kunyit
  • 1 inch halia
  • 3 batang cili hijau
  • 3 batang cili merah
  • 3 helai daun limau perut
    Bahan di atas semua dikisar halus
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 2 duan besar kelapa kisar
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak canola untuk menumis

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak di kuali,letakan serai dan tuangkan rempah bahan – bahan kisar, goreng hingga masak.
  2. Letak 4 helai daun limau perut, garam dan gula. Rasa sos nya.
  3. Siapkan ikan siakap, bersihkan dan taburkan dengan garam.
  4. Gaulkan minyak di ikan nya, letakan di dulang pembakar, sebelum itu letak daun pisang.
  5. Buatkan potongan pada ikan dan selitkan daun limau perut.
  6. Perahkan jus limau dapat ikan.
  7. Tuangkan sos pada ikan siakap yang hendak di bakar.
  8. Panaskan oven pada suhu 180C. letakan dulang pembakar bersama ikan ditengah oven itu.
  9. Setkan pada set pada api atas (grill setting) bakar selama 15 atau 20 minit.
  10. Sajikan panas bersama nasi putih.
ikan siakap sambal
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *