Resepi Ikan Patin Goreng Berlada (4 langkah sahaja!)

ikan-patin-goreng-berlada

Ikan Patin selalunya dimasak dengan tempoyak menjadi Gulai Tempoyak kan? Akan tetapi, tahukah anda, ikan patin juga enak digoreng dan dimasak berlada?

Rasanya manis dan kulitnya yang rangup pasti dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Kali ini, kami bawakan resepi ikan patin goreng berlada yang amat mudah kerana hanya mempunyai 4 langkah sahaja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin dan mendapat banyak likes di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Ikan Patin Goreng Berlada

ikan-patin-goreng-berlada
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 ketul ikan patin
  • 5 biji cili hijau besar
  • 6 biji cili padi merah
  • 1 biji bawang merah sederhana saiz
  • 1 biji bawang besar holland
  • 1 inci halia
  • 1 besar ibu tangan belacan
  • 1/2 batang lobak
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan semua bahan kecuali hirisan bawang holland dan lobak. Ketepikan.
  2. Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  3. Guna minyak yang sama, buangkan sedikit. Tumis bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga betul-betul naik minyak.
  4. Tambahkan garam dan gula. Baru boleh masukkan ikan dan bahan hiasan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *