Resepi Ikan Kembung Sumbat Resepi Bujang Paling Simple dan Enak

ikan kembung sumbat sambal

Kali ini kami bawakan resepi yang amat mudah untuk disediakan. Resepi ini sesuai buat mereka yang perlukan sesuatu yang cepat dan mudah tetapi masih lagi sedap. Resepi yang kami maksudkan adalah resepi ikan kembung sumbat. Ianya juga sesuai dimakan bersama kuah asam rebus dan nasi panas tau!

Cara pembuatan ikan kembung sumbat ini amat ringkas. Anda hanya perlu menyediakan intinya terlebih dahulu kemudian sumbat dan goreng ikannya! Ikan kembung juga mudah untuk didapati. Oleh itu, boleh anda menyediakan hidangan ini bila bila masa sahaja. Jom kita tengok resepinya!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nasreen Zainol dan telah mendapat banyak perkongsian tau.

Resepi Ikan Kembung Sumbat

ikan kembung sumbat sambal
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan kembung

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit jintan
  • Serai
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan bahan kisaran mengikut anggaran ikan dan tumis sehingga kering.
  2. Masukkan gula, garam dan perasa secukup rasa.
  3. Belah belakang ikan kembung, sumbatkan ikan dan lumurkan ikan bersama asam jawa yang dicampurkan garam dan kunyit.
  4. Goreng!

Nota:

  • Untuk elakkan sambal terburai, masak sambal sehingga betul – betul kering dan jadi seperti inti.
  • Goreng dengan minyak yang cukup sekadar menggoreng lapisan bawah sahaja.
  • Terbalikkan untuk pastikan ikan masak rata.
  • Elakkan kerap menterbalikkan ikan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *