Resepi Gulai Telur Itik (Kegemaran Rakyat Malaysia!)
Resepi Gulai Telur Itik merupakan resepi yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Ianya amat popular dan mudah untuk didapati. Akan tetapi, pasti anda ingin menyediakannya menggunakan air tangan sendiri kan?
Kali ini kami bawakan resepi gulai telur itik buat anda semua. Ianya lebih sedap, lebih lazat dan lebih bersih jika anda sediakannya sendiri kan! Jangan lupa hidangkan kepada yang tersayang.
Resepi ini dikongsikan oleh Ahaddiah Idun dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.
Resepi Gulai Telur Itik
Bahan – bahan:
- 6 biji telur itik
- Santan segar
- 30 biji cili api
- 1 sudu makan kunyit serbuk
- Secubit kiub ayam
- 15 helai daun gelugur
- Garam
- 1 cawan air
Cara – cara memasak:
- Masukkan santan segar dan 1 cawan air. Kemudian masukkan cili api, serbuk kunyit dan juga kiub ayam.
- Pastikan santan jangan pecah, pastikan kacau sentiasa. Apabila agak-agak dah nak pecah masukkan daun gelugur.
- Apabila daun gelugur sudah layu, masukkan telur itik.
- Biarkan sekejap, siram siram atas telur. Masukkan garam secukupnya.
- Sedia dihidangkan!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!