Resepi Sate Daging Goreng Ringkas Tetapi Enak!

sate daging goreng

Sate Daging Goreng, hidangan yang amat enak serta amat mudah untuk disediakan. Hidangan ini berasal daripada orang Bugis. Ianya juga tidak perlu dicucuk atau dibakar. Uniknya hidangan ini, ianya digoreng terlebih dahulu dan daging yang digunakan ialah daging batang pinang. Oleh itu, rasa daging yang lembut itu pasti cair di mulut, apatah lagi apabila digabungkan bersama sos pencicahnya.

Sate daging goreng ini hanya mempunyai 3 langkah mudah yang pasti sesiapa sahaja boleh ikuti. Sekiranya anda mencari resepi yang fail-proof, resepi ini pasti untuk anda. Ianya menggunakan bahan dan rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih dan ketumbar memberikan aroma yang menyelerakan!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurhayati Md Yasin dan telah mendapat banyak likes dan komen oleh netizen di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi sate daging goreng ini!

Resepi Sate Daging Goreng

sate daging goreng
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging / ayam
  • Serai
  • Serbuk ketumbar
  • Bawang putih
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan serai bersama bawang putih
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama bahan lain dan perap semalaman.
  3. Gorengkan dan tapiskan minyak.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain