Resepi Cucur Topi Kelantan Paling Ringkas dan Mudah untuk Disediakan!

kuih topi

Cucur Topi Kelantan diberikan nama berdasarkan rupa bentuknya yang seakan topi. Ianya digoreng leper dan menjadi melengkung apabila berada di dalam minyak panas. Kelilingnya rangup dan lembut di bahagian tengah. Rasa cucur topi ini amat lazat dan sesuai untuk dihidangkan pada waktu sarapan pagi. Ianya amat popular di pantai timur terutamanya di Kelantan.

Bahan yang digunakan untuk membuat cucur topi Kelantan ini amat ringkas. Ianya hanya menggunakan 4 bahan utama, diantaranya adalah tepung gandum dan gula. Walaupun bahannya ringkas, ianya amat lazat! Cucur topi ini juga boleh disediakan dengan mengikut tiga langkah mudah sahaja. Oleh itu, buat mereka yang masih amatur, atau perlu menyediakan juadah ekspress, resepi ini amat sesuai buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosmini Che Mat dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Jom tengok resepi ini!

Resepi Cucur Topi Kelantan

kuih topi
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 cawan gula (boleh kurangkan sikit)
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Kacau kesemua bahan di dalam bekas sehingga sebati.
  2. Kemudian, kisarkan bahan ini semua sehingga sebati. Perapkan selama 6 jam.
  3. Gorengkan dalam kuali yang melengkung supaya topi cucur ini dapat mengembang dengan jayanya.
    Nota: Pastikan anda menggunakan minyak yang banyak dan panas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *