Resepi Cloud Bread Gebu (3 Bahan Je!)

cloud bread

Pernahkah anda makan cloud bread? Diberi nama cloud bread kerana bentuknya yang mirip sangat dengan gumpalan awan nan gebu.

Roti ini diperbuat dengan 3 bahan sahaja. Tahukah anda bahan utamanya hanya telur, cream tartar dan cream cheese sahaja. Percaya tidak percaya, cloud bread dibuat tanpa menggunakan tepung. Rahsia supaya terhasil cloud bread yang menawan ialah putih telur dipukul hingga kembang.

Cara menghidang cloud bread amat bervariasi, antaranya boleh dijadikan roti pizza, sedap pula diberi topping coklat cheese, cicah kari, makan dengan jem, bahkan dijadikan roti burger pun sesuai. Sesuai untuk menu diet juga.

Tanpa membuat anda tertunggu, maka kali ini kami berkongsi resepi cloud bread yang dijelaskan oleh Achiek Anis‎‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Cloud Bread Gebu

cloud bread
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur,
  • ¼ sudu cream tartar,
  • 3 sudu cream cheese.

Cara-cara :

  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan cream tartar sampai soft peak.
  3. Dalam bekas lain pukul kuning telur dengan cream cheese sampai sebati.
  4. Kaup balik putih telur dalam adunan kuning telur.
  5. Sudukan ikut suka (saya letak 2 sudu untuk satu roti).
  6. Bakar selama 20 minit atau sampai perang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cloud bread, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *