Char Kuey Teow merupakan juadah makan malam yang amat popular dan boleh didapati di gerai dan restoran berdekatan. Char Kuey Teow membawa maksud Kuey Teow Goreng dan merupakan kegemaran ramai di antara kita. Gabungan kuey teow yang basah bersama telur dan seafood seperti kerang dan udang pasti bikin ramai jatuh hati!
Char kuey teow juga boleh disediakan di rumah. Walaubagaimanapun, dinasihatkan untuk menggunakan api yang besar untuk memasak hidangan ini bagi menghasilkan burnt effect yang akan membuatkan char kuey teow ini lebih lazat. Bahan – bahannya juga amat mudah untuk didapati dan mungkin sudah pun ada di dapur anda. Oleh itu, jom kita tengok resepi char kuey teow ini.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nazira Selamat dan mendapat banyak shares di laman Facebook beliau. Mesti lazat dan menyelerakan!
Resepi Char Kuey Teow Penang
Bahan – bahan:
- 200g udang
- 250ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kecil kicap pekat
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil petis
- 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
- 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
- 1 sudu kecil gula
Mee:
- 300g kuey teow
- 1 sudu besar cili boh
- Kerang
- Sedikit kucai dan taugeh
- 2 biji telur
Cara – cara memasak:
Pes Char Kuey Teow:
- Rebus udang bersama air. Apabila udang hampir masak, angkatkan udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang ya.
- Campurkan kesemua bahan untuk pes bersama dengan air rebusan udang tadi. Reneh sehingga menjadi pes yang agak pekat. Matikan api sehingga pes sejuk dan bolehlah disimpan di dalam peti ais.
Mee:
- Tumis cili boh sehingga garing.
- Masukkan 4 sudu besar pes.
- Masukkan udang yang telah direbus bersama kerang.
- Letakkan air sedikit (dalam setengah cawan).
- Apabila air didih, masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
- Pecahkan telur dan kacau.
- Siap!
Nota: Proses memasak kuey teow hanya dalam 3 ke 4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply