Resepi Cekodok Pisang (Rangup, Lembut Dan Manis)

cekodok pisang

Semua orang boleh buat cekodok pisang. Namun tidak semua orang pandai buat cekodok pisang sedap yang kekal rangup di luar lembut di dalam meskipun sudah sejuk kerana terbiar lama sejak masa digoreng.

Cekodok pisang merupakan kudapan kampung yang tidak lekang oleh masa. Cekodok pisang akan kekal di hati masyarakat melayu sampai bila-bila tidak pupus dan akan selalu dijual di gerai-gerai makanan ringan.

Apa yang menarik dari cekodok pisang? Tentunya rasa cekodok yang rangup di luar namun lembut sangat di dalam. Dan perlu diingat untuk gunalah pisang yang sesuai supaya terasa manis dan layak untuk dijadikan cekodok. Kerana tidak semua pisang sesuai untuk dibuat cekodok.

Selain untuk menu kudapan petang, cekodok juga selalu dijual di pasar pagi sebagai hidangan sarapan. Juga, anda boleh buat cekodok untuk bekal sarapan Si buah hati. Resepi cekodok pisang dari Norlela Abdul Lahak di laman Facebook ini akan membuat anda ketagih. Resepi cekodok simple namun lazat teramat.

Resepi Cekodok Pisang Rangup Lembut

cekodok pisang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung gandum,
  • 7 biji pisang (ikut suka),
  • 1 ½ cawan gula (ikut suka),
  • 2 sudu kecil soda,
  • 2 sudu kecil garam,
  • 3 cawan air.

Cara-cara :

  1. Masukkan soda dalam tepung. Kacau sebati.
  2. Blend gula, pisang dengan garam dan air.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dalam tepung. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas.
  5. Jemput dengan tangan sewaktu menggoreng. Barulah cokodok jadi bulat dan kembung.

    cekodok pisang
    Imej via Facebook

Nota :

  • Pastikan jangan lupa masukkan soda dan minyak betul-betul panas.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cekodok pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *