Resepi Bubur Pulut Hitam Durian Kalau Makan Sekali Tak Cukup Weh!
Kali ini kami bawakan juadah yang sangat istimewa, iaitu gabungan dua benda yang rakyat Malaysia gemari; Durian dan Pulut Hitam. Gabungan ini memberikan variasi rasa yang amat lazat dan dimasakkan menjadi bubur. Jika dihidangkan panas panas juga lazat, dan ianya juga lazat jika dihidangkan sejuk.
Resepi ini juga merupakan resepi yang amat mudah untuk disediakan. Ianya juga pasti akan digemari oleh ramai orang dan jika anda menyediakannya, pasti keluarga anda akan menyukainya! Resepi ini menggunakan bahan – bahan yang mudah untuk didapati seperti pulut hitam, santan, gula dan garam. Anda boleh menggunakan apa apa durian bagi memberikan rasa lemak dan manis yang lebih padu.
Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Yayang dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Bahan – bahan:
- Pulut hitam
- Gula
- Durian
- Santan
- Garam
Cara – cara memasak:
- Basuh dan rendamkan pulut.
- Masakkan pulut sehingga kembang (masak dengan kuantiti air yang sederhana).
- Apabila pulut sudah kembang, masukkan durian. Kacau sehingga durian hancur.
- Masukkan santan. Bubur akan menjadi pekat dan masukkan air sedikit.
- Masukkan gula dan garam.
- Kacau sehingga sebati dan mendidih.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!