Kumpulan 10 Resepi Biskut Butter (Tular Dan Femes)

Mencari resepi butter cookies tular?
Butter cookies ialah biskut klasik yang sentiasa digemari kerana teksturnya yang rangup, lembut, gebu, dan cair di dalam mulut. Aroma butter yang wangi serta rasa manis yang seimbang sesuai untuk dinikmati bersama teh atau kopi.
Butter cookies boleh disesuaikan mengikut cita rasa. Anda boleh menambahkan coklat cip, serbuk koko, badam cincang, atau parutan keju untuk variasi yang lebih menarik. Jika suka, anda juga boleh menggunakan acuan berbentuk unik untuk menghasilkan biskut yang bukan sahaja sedap tetapi juga cantik dipandang. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk dihidangkan pada majlis, sebagai snek harian, atau bahkan sebagai hadiah untuk orang tersayang.
Kami berkongsi 10 resepi butter cookies tular dan sedap. Anda boleh menghasilkan biskut yang setanding dengan yang dijual di kedai. Sekali cuba, pasti anda akan jatuh cinta dengan butter cookies yang wangi, lembut, dan penuh butter yang memikat.
Red Velvet Cookies Ala Famous Amos

Resepi pertama didatangkan daripada Nadirah Mahamad. Cookies red velvet ala famous amos. Membuat semua orang ketagih makan cookies ini.
Bahan A: Kacau Rata
- Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik dan sebati.
- 250 gram Butter (ingin sedap pakai pure butter),
- 1 ¼ cawan brown sugar (pakai 1 cawan sahaja),
- 1 sudu kecil esen vanilla,
- 1 biji telur gred A,
- Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B :
- 2 ½ cawan tepung gandum,
- ½ cawan tepung jagung,
- 1 sudu kecil baking powder,
- 1 sudu kecil soda bikarbonat,
- 6 sudu besar minyak.
Bahan red velvet cookies :
- Letak 1 sdk serbuk koko,
- Letak 2 sdb pewarna redvelvet emulco.
- Untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi boleh pakai almond nips dengan butterscotch chip.
Cara-cara :
- Bila sudah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1 jam.
- Kemudian, lepas 1 jam, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar. Adunannya memang lembik ya.
- Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sedikit antara satu sama lain.
- Bakar 25 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Callebaut Dark Choc Cookies

Seterusnya, Nadirah Mahamad masih berkongsi resepi cookies ala famous amos perisa Callebaut dark coklat. Harumnya sampai ke tempat anda bukan? Ayuh kita cubakan.
Bahan A: Kacau Rata
- Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik dan sebati.
- 250 gram Butter (ingin sedap pakai pure butter),
- 1 ¼ cawan brown sugar (pakai 1 cawan sahaja),
- 1 sudu kecil esen vanilla,
- 1 biji telur gred A,
- Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B :
- 2 ½ cawan tepung gandum,
- ½ cawan tepung jagung,
- 1 sudu kecil baking powder,
- 1 sudu kecil soda bikarbonat,
- 6 sudu besar minyak.
- Bahan Callebaut Dark Choc Cookies :
- Tambahkan topping callebaut coin dengan nestum.
Cara-cara :
- Bila aduna sudah digaul sekata, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1 jam.
- Kemudian keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar.
- Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sedikit antara satu sama lain.
- Bakar selaman 25 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Chocolate Almond Cookies Famous Amos

Tidak kalah sedap Nadirah Mahamad juga berkongsi resepi cookies coklat almond sebiji macam famous amos punya. Rangup dan bikin ketagih makan.
Bahan A: Kacau Rata
- Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik dan sebati.
- 250 gram Butter (ingin sedap pakai pure butter),
- 1 ¼ cawan brown sugar (pakai 1 cawan sahaja),
- 1 sudu kecil esen vanilla,
- 1 biji telur gred A,
- Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B :
- 2 ½ cawan tepung gandum,
- ½ cawan tepung jagung,
- 1 sudu kecil baking powder,
- 1 sudu kecil soda bikarbonat,
- 6 sudu besar minyak.
Bahan Chocolate Almond Cookies :
- Letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder),
- Letak topping choc chip dan almond nips,
Cara-cara :
- Bila adunan sudah jadi, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1 jam.
- Kemudian, lepas 1 jam, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar. Adunannya memang agak lembik ya.
- Masa susun atas loyang, jarakkan jauh antara satu sama lain.
- Bakar suhu 150 C selama 25 minit guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Butter Cookies Pure Butter

Seterusnya Nor Sheemz juga berkongsi resepi butter cookie kegemaran. Guna unsalted pure butter jenama SCS paling sedap.
Bahan-bahan :
- 230g unsalted butter, pure butter untuk mendapatkan rasa yang sedap (saya guna SCS salted butter).
- 80g powdered sugar (gula icing),
- 210g tepung gandum,
- 50g tepung jagung,
- 1sdb vanilla extract.
Cara-cara :
- Pukul butter sebentar hingga berkrim, kemudian masukkan gula dan pukul hingga bertukar warna dan gebu.
- Masukkan vanilla extract dan pukul sebentar.
- Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata sahaja.
- Masukkan adunan kedalam piping bag (guna apa-apa nozzle yang disukai).
- Alas loyang dengan baking paper, paip adunan dan bakar pada suhu 180’C atau ikut suhu oven masing-masing.
- Bakar hingga keliling cookies perang, tak perlu hingga keseluruhan cookies perang.
- Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam balang.
Premium Danish Butter Cookies

Bau butter harum sangat-sangat, kegemaran anak-anak. Setiap tahun butter cookies ini memang laku sangat-sangat permintaan untuk raya. Danita Daniels berkongsi cookies yang sangat premium kerana menggunakan bahan-bahan yang premium.
Bahan-bahan:
- 250 gram butter saya guna Lescure butter boleh guna LURPARK Scs, Emborg, Anchor,
- 90 gram gula icing (kalau tidak ada gula icing blenderkan gula kastor sampai halus),
- 310 gram tepung gandum,
- 2 sudu besar tepung jagung,
- 2 sudu kecil esen vanilla saya guna butter compound dan vanilla compound,
- 1 sudu kecil butter oil (beli di kedai bahan-bahan kek)
- 2 biji kuning telur,
- 1/8 sudu teh sudu kecil baking powder (optional).
Cara-cara :
- Pukul butter dan gula hingga sebati jangan over beat, masukkan telur.
- Masukkan esen vanila, pukul rata.
- Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
- Kacau rata dengan senduk kayu.
- Kalau ingin isi kelapa kering, kismis, atau coklat chip pun boleh.
- Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan ‘star tip’.
- Bakar dalam oven dengan suhu 160 C selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.
- Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.
Choc Chips Butter Cookies

Dalam resepi seterusnya Norlailanazira Mohd Agos menggunakan butter oil. Butter oil boleh beli di kedai bahan kek. Bentukkan cookies guna tangan sahaja. Kalau tidak letak butter oil pun jadi juga cuma bau dia kurang menyengat
Bahan-bahan:
- 250g buttercup,
- 90g gula perang,
- 90g gula kastor,
- Gaul bahan di atas guna spatula atau senduk.
- 1 biji kuning telur,
- Sedikit esen vanilla,
- Sedikit butter oil,
- Masukkan bahan ini dalam adunan yang telah digaul.
- 350g tepung gandum,
- ½ sudu teh baking powder,
- 1 sudu teh soda bikarbonat.
Cara-cara :
- Satukan semua bahan. Jika adunan sudah sebati, masukkan 250g choc chips.
- Kemudian sejukkan dalam peti ais 1 jam untuk dapatkan cookies yang rangup.
- Lalu, buat bentuk ikut kreativiti masing-masing.
- Bakar selama 18 min dengan suhu 160′ C api atas bawah. Bila sudah masak, sejukkan atas redai, dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Soft Butter Cookies Kurang Manis

Sesiapa yang baru ingin mencuba soft butter cookies, Tuan Adriana Arissa berkongsi resepi yang serius sedap. Tidak manis sangat. Rasa rangup dan chewy di dalam. Yang penting kenal suhu oven masing-masing. Terlebih bakar jadi biskut rangup. Terkurang bakar jadi tidak masak rasa macam makan tepung. Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila makan jadi teringat-teringat.
Bahan-bahan :
- ½ cawan mentega bergaram (pure butter),
- ¼ cawan gula castor,
- ½ cawan gula perang,
- 1 biji telur saiz A/B,
- 1 sdk esen vanilla,
- 1 ½ cawan tepung gandum-ayak,
- 1 sdb tepung jagung-ayak,
- ¼ sdk soda bikarbonat,
- ¼ sdk baking powder,
- ½ cawan dark chocolate chip dan couverture chocolate.
Cara-cara :
- Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama gula, kacau sebati.
- Masukkan pula telur dan esen vanilla, sebatikan.
- Akhir sekali masukkan tepung. Kacau-kacau adunan dan masukkan chocolate chip.
- Simpan dalam chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan.
- Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.
- Selepas 15 minit, keluarkan dan bolehlah dibakar dengan suhu 160C-170C selama 15-20 minit.
- Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yang saiz besar atau timbang doh 50g.
Soft Butter Cookies Terlajak Laris

Cookies tular satu ini walaupun sudah lepas musim tapi pemintaan untuk Azlina Ismail setiap hari ada. Bermula daripada buat suka-suka sebab kalau beli mahal akhirnya jadi sumber pendapatan. Soft Cookies tekstur keras di luar lembut di dalam makan cicah dengan air susu memang ngam.
Bahan-bahan :
- 1 ketul butter (250g),
- Tepung Gandum cap Sauh 300,
- 110g Gula perang,
- Telur Gred C 1biji,
- 1 sk soda bikarbonat,
- 1 Sk baking powder,
- Esen vanila,
- Chocolate chip ½ cawan.
Cara-cara :
- Cairkan butter sampai dia nampak buih putih-putih.
- Campurkan butter dengan gula, esen vanilla, dan telur, kacau-kacau sebati.
- Campur dan ayak tepung, soda, dan baking powder.
- Akhir sekali masukkan chocolate cip.
- Bulat-bulatkan dan leper pakai tangan timbang berat 40g.
- Bakar 150 C selama 20-25minit.
Butter Cookies Choco Chip & Topping coklat

Daripada resepi asal soft cookies, Azlina Ismail olah jadi butter cookies choco cip dan topping coklat. Tidak sangka dua minggu jual sudah dekat beratus bekas habis. Butter Cookies Chococip & coklat topping teksturnya crunchy.
Bahan-bahan :
- 1 ketul butter (250g),
- Tepung Gandum cap Sauh 300 *,
- 110g Gula perang,
- Telur Gred C 1biji,
- 1 sk soda bikarbonat *,
- 1 Sk baking powder *,
- Esen Vanila,
- Chocolate chip ½ cawan,
- Tepung jagung 30g,
- Emplex,
- Minyak jagung 1 sudu,
- 1 sk butter oil.
Cara-cara :
- Gaul semua adunan, jika sudah siap, masukkan dalam pipping beg.
- Paipkan sebesar duit syiling 20 sen.
- Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit bergantung pada oven.
- Cara Menyediakan Dipping sos @ chocalate ganache :
- 500g milk compound leckers atau Beryls.
- 4 sudu minyak jagung atau lemak sayuran.
- Masak dengan kaedah double boil.
Butter Cookies 4 Bahan Harum Semerbak

Noor Aina Syuhana cuba buat butter cookies, harum semerbak satu rumah. Resepi yang paling simple tapi sedap dia pernah buat, cuma guna 4 bahan sahaja.
Bahan-bahan :
- 250g butter (suhu bilik) -guna pure butter lagi sedap.
- ½ cawan gula dikisar halus,
- 1 tsp vanilla extract,
- 2 cawan tepung gandum.
Cara-cara :
- Mix butter sampai berkrim, masukkan gula, vanilla, pukul lagi sampai kembang dan ringan selama 12 minit.
- Masukkan tepung dalam 3 kali tuang. Gaul sebati dengan spatula.
- Masukkan dalam piping bag dengan star tip, buatlah bentuk yang disukai.
- Bakar selama 10-12 minit (180°C) @ sampai base biskut nampak perang-perang sedikit.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Butter Cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.