Kek batik asalnya adalah sejenis kek yang telah direka sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai oven. Ianya diperbuat menggunakan biskut, khususnya biskut marie, kemudian biskut ini dimasak bersama serbuk milo atau koko dan berberapa bahan. Selepas itu ia akan dimampatkan didalam loyang hingga apabila dikeluarkan ia akan menyerupai seperti sebiji kek.
Namun berbeza perkongsian kali ini kerana ia dihiasi dengan topping coklat dan cheese yang memberi rasa yang sangat mengancam selera anda, terutama bagi peminat coklat.
Resipi ini telah dikongsi oleh saudara Muhammad Ali dimedia massa dan ia juga telah diviralkan oleh mereka yang amat gemar akan rasa kek batik ini. Jangan lupa mencuba ya!
Resepi Kek Biskut Batik Indulgence Cheese
Bahan – Bahan:
Kek Batik:
- 4 telur
- 200 g mentega
- 300 g biskut Merry
- 3 sudu serbuk coklat (dibancuh dengan air panas)
- 2 sudu gula
- 4 sudu susu pekat
- Secubit garam (pilihan)
Cream cheese
- 120 g whipping cream
- 40 gram gula kastor
- Setengah sudu kecil esen vanilla
- 250 g cream cheese
Ganache
- 100 gram whipping cream
- 100 gram coklat gelap
- 1 sudu kecil mentega
Cara – cara memasak:
Kek Batik:
- Panaskan mentega sehingga cair, kemudian masukkan kesemua bahan kecuali biskut.
- Masukkan telur sambil gaul dan gaulkan sehingga pekat.
- Apabila sudah pekat, tutupkan api dan biarkan 2 ke 3 minit dan masukkan biskut.
- Gaulkan dan isi ke dalam bekas.
- Mampatkan dan letakkan ke dalam petis sejuk selama 30 ke 40 minit.
Cream cheese:
- Masukkan kesemua bahan – bahan kecuali whipping cream.
- Pukul sehingga rata dan masukkan whipping cream.
- Tuangkan ke atas kek batik tadi
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk selama satu jam.
Ganache:
- Double boil kan kesemua bahan – bahan di atas.
- Apabila sudah sebati dan suam, tuangkan ke atas cream cheese.
- Tinggalkan semalaman dan boleh makan!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!
Leave a Reply