Resepi Biskut Arab Pandan Cair Kat Mulut
Kalau tiba musim ziarah menziarahi, pasti sahaja ada biskut arab yang dihidangkan. Dengan saiz yang boleh dimuatkan dalam satu gigitan, rasanya yang cair dimulut pasti bikin sesiapa sahaja menyukainya. Ianya amat lazat dan juga mudah untuk disediakan tau!
Kali ini kami bawakan sebuah resepi inovasi, iaitu resepi biskut arab pandan. Ianya mempunyai rasa yang lebih unik dan lazat, serta dijamin cair di mulut. Cara pembuatannya juga tidak sukar, sesuai untuk para amatur yang ingin mencuba resepi baru.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!
Resepi Biskut Arab Pandan
Bahan – bahan:
- 3 1/2 cawan tepung disangai,disejukkan dulu kemudian tapis.
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan minyak sapi
- 3/4 cawan minyak mummy guna Naturel
- 2 sudu besar butter
- 1 cawan gula
- Pes Pandan
Cara – cara memasak:
- Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
- Bulatkan dan bakar selama 20 ke 25 minit.
- Sejukkan sebentar dan salut bersama gula.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!