Resepi Bergedil Tauhu (Hidangan Paling Popular)
Kebelakangan ini, bergedil tauhu merupakan hidangan yang boleh didapati dimana – mana. Ianya amat popular dan laku dijual di pasar malam ataupun boleh didapati di majlis keraian.
Namun begitu, anda juga boleh menyediakan bergedil tauhu anda sendiri! Pasti rasanya yang diolah anda lebih lazat, lebih bersih dan yang paling penting, mesra ekonomi. Jadi, bolehlah anda menyediakannya dalam kuantiti yang banyak!
Resepi ini dikongsikan oleh Nasuha Mustaffa dan mendapat banyak shares di media sosial. Jom tengok!
Resepi Bergedil Tauhu
Bahan – bahan:
Bahan-bahan Tauhu Bergedil:
- 10 biji tauhu
- 250g daging/ayam kisar @ ayam biasa cincang halus
- 3 biji ubi kentang
- 2 biji telur
- Serbuk lada putih (ikut citarasa memasing)
- Sedikit garam
- Daun sup (rincik halus²)
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- Sedikit bawang goreng
Bahan-bahan Sambal Kicap:
- Kicap
- 10 biji cili padi
- 1 gengam bawang goreng
Cara – cara memasak:
Tauhu Bergedil:
- Goreng tauhu. Buat pintu untuk sumbat isi.
- Sangai daging/ayam tadi bersama daun sup, bawang besar serbuk lada putih, garam secukup rasa. Kalau nak letak cukup rasa pon boleh.
- Rebus ubi kentang. Letak garam sedikit. Dah masak, lenyetkan kentang.
- Gaulkan bahan 2 dan 3 tadi dan gaul bersama dengan bawang goreng.
- Sumbatkan bahan yang dah digaul tadi dalam tauhu.
- Celup dengan telur dan goreng.
- Siap.
Sambal Kicap:
- Blend kicap, cili, bawang goreng sekali gus.
- Tambah gula dan garam secukup rasa.
- Kalau nak pedas letak lah cili ikut tahap kepedasan yang dimahukan.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!