Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Panggang Yogurt (Makanan Sihat)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi ayam panggang yang mudah untuk dimasak. Ayam panggang yogurt adalah ayam yang dipanggang menggunakan oven, oleh itu ia sangat mudah untuk dimasak.Selain dari itu ia juga masakan yang sangat sihat kerana ia tidak menggunakan banyak minyak. Yogurt juga sangat baik untuk kesihatan kita terutama untuk perut kita.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara-cara untuk memasak ayam panggang yogurt ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Ayam Panggang Yogurt (Makanan Sihat)
Bahan utama

  • 2 keping peha ayam (bahagian whole leg)

Bahan-bahan sapuan

  • 1 botol kecil – plain yogurt
  • 2 sudu besar olive oil (minyak biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk2 bg halus skit)
  • 1 sudu besar dried thyme
  • 1 sudu besar dried rosemary
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inco halia
  • 1biji – lemon (ambil jus nya)
  • Sedikit Garam, gula & chicken stock

Kaedah

  • Mula-mula satukan semua bahan sapuan dlm satu bekas, gaul rata, perasa kan dgn garam dan gula.
  • Panaskan oven,sementara tu sediakan ayam. letak ayam dlm tray, sapu bahan sapuan keatas ayam.
  • Kemudian masukkan dlm oven, bakar suhu 200-230 selama 45minit.
  • Semasa membakar, sapukan bahan sapuan berulang2 setiap 20minit.
  • Cucuk ayam untuk pastikan ia masak sekata.
  • Siap, bolehlah dihidangkan bersama sos lada hitam.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *