Resepi Ayam Palembang (Sedap Dan Ringkas)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai menu hidangan utama. Ayam masak palembang ini adalah salah satu inovasi dari masakan berasaskan kicap yang sememangnya sangat popular. Walaupaun Palembang adalah sebuah negeri di Indonesia tidak dapat dipastikan jika resepi ini berasal dari sana.
Bagaimanapun masakan ini mirip ayam masak semur yang sememangnya merupakan masakan orang Jawa. Masakan ini mempunyai sedikit kelainan itu mempunyai serai,daun kari dan cili hijau. Apapun masakan sedap, mengenyangkan dan sememangnya mudah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Ayam Palembang (Sedap Dan Ringkas)
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam (lumur dengan garam dan serbuk kunyit)
Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
Bahan perasa
- 7 sudu besar kicap
- 4 sudu besar cili giling/kisar
- Air asam jawa
Bahan lain
- 2 biji kentang -potong wedges & goreng
- Sebiji bawang besar – potong bulat
- 2 biji cili hijau – belah 2
- 2 sudu besar cili sos
- 1 biji tomato – potong 4
- Daun kari
- 2 batang serai – dititik
Kaedah
- Goreng ayam dan juga kentang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan serai dan daun kari.
- Kemudian masukkan cili giling/kisar.
- Masak hingga cili agak garing.
- Baru masukkan kicap pekat dan gaul sebati.
- Selepas itu masukkan sedikit air asam jawa.
- Kemudian masukkan cili sos dan kacau lagi.
- Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, lada hijau & tomato.
- Akhir sekali baru masuk ayam dan kentang yang dah digoreng.
- Gaul sebati untuk menyiapkannya.
- Siap!
Untuk anda yang mengemari masakan pedas, anda boleh menganggarkan sendiri sukatan cili atau jenis cili yang anda gunakan. Begitu jua jika anda suka masakan yang berkuah anda boleh menambah sedikit air, bagaimanapun ayam masak Palembang ini lebih sedap dihidangkan seperti sambal.
Oleh itu terpulang bagi anda yang suka mencuba resepi baru, kerana masakan ini bukan sahaja mudah, malah ia juga sangat sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.