Resepi Ayam Masak Lada Hitam (Sedap Sangat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama. Namun begitu ia juga sangat mudah disediakan. Ayam lada hitam atau blackpepper chicken ini merupakan satu inovasi dari resepi daging lada hitam yang ternyata lebih popular. Ayam lada hitam diperbuat dari isi ayam yang digoreng bersama beberapa jenis sos dan akhir sekali ditambah kan lada hitam yang ditumbuk halus.

Masakan seperti ini amat sesuai dihidangkan sebagai makan malam terutama ketika anda ingin sesuatu yang cepat dan sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Ayam Masak Lada Hitam (Sedap Sangat)
Bahan-Bahan

  • 400 gram ayam – potong kecil
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk
  • 5 tangkai cili api
  • ½ lada benggala hijau (pilihan)
  • 1/2 inci halia – mayang halus
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • gula dan garam secukupnya
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 – 2 sudu besar serbuk kunyit – untuk perap ayam

Kaedah

  • Mula-mula perap ayam selama lebih kurang 5 minit dengan serbuk kunyit dan garam, ketepikan sekejap.
  • Sementara itu dalam bekas lain campurkan kicap, lada hitam, sos tiram, gula, dan garam, kemudian bancuh hingga rata.
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam hingga kekuningan, lepas itu masukkan bawang putih bersama halia, dan cili kering. masak selama beberapa minit.
  • Akhir sekali, masukkan sos yang sudah dibancuh tadi dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan air dan masak selama lebih kurang 2 minit menggunakan api sederhana. angkat dan hidangkan.

Ayam lada hitam ini menggunakan cili api untuk kepedasan yang lebih maksima. Namun anda juga boleh menggunakan cili kering jika mengurangkan tahap kepedasannya. Begitu sebaliknya anda juga boleh menambah atau menggunakan cili api benggala yang amat pedas. Apapun anda wajarlah mencuba resepi ini, terutama jika anda inginkan sesuatu yang cepat,sedap dan mudah. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *