Resepi Ayam Masak Kuning (Versi Ayam Salai!)

ayam-masak-kuning

Ayam masak kuning, ataupun ayam masak lemak cili api merupakan juadah yang amat popular di Negeri Sembilan. Ianya terkenal dengan rasa lemak serta pedas, menguji deria rasa si pemakan!

Tahukah anda, juadah ayam masak kuning ini amat mudah untuk disediakan? Kini, dengan resepi yang kami berikan khas buat anda, bolehlah anda mencubanya!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zara Zahara dan mendapat banyak perkongsian di media sosial! Jom scroll!

Resepi Ayam Masak Kuning

ayam-masak-kuning
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 1 ekor ayam salai
  • Santan
  • 3 batang serai diketuk
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 7 biji cili api*
  • Kunyit hidup*
  • Lengkuas sebesar ibu jari*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • Asam keping
  • Daun kunyit di hiris
  • Garam
  • Gula

Kisar bahan yang bertanda *

Cara – cara penyediaanya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit.
  2. Tutup periuk dan biarkan ayam di reneh bersama bahan2 hingga lembut. Tambah air sekiranya kuah agak kering dan pekat.
  3. Perasakan sehingga secukup rasa, saya suka lebihkan gula sebab saya suka masak lemak rasa sedikit manis-manis berlemak gitu.
  4. Agak-agak ayam sudah lembut, masukkan daun kunyit dan biarkan dalam seminit dua. Tutup api gas dan siap untuk di hidang

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *