Resepi Ayam Goreng Korea (Confirm Nak Lagi!)
Resepi Ayam Goreng Korea merupakan hidangan yang disukai ramai sejak kebelakangan ini. Rasa pedas sos korea dimakan bersama ayam dan nasi putih pasti membawa kita seperti di restoran Korea.
Resepi ini ringkas, sesuai untuk mereka yang sibuk dan ianya confirm lazat! Ianya juga lebih mesra ekonomi dan boleh dihidangkan secara banyak! Bolehlah satu keluarga makan puas puas.
Resepi ini dikongsikan oleh Shuhada Yasin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!
Resepi Ayam Goreng Korea
Bahan – bahan:
- 1kg ayam
- Lada sulah
- 3 biji telur putih
- Garam dan perasa
- Biji bijan
- 3 paket sos korea Adabi
- Tepung beras
Cara – cara memasak:
- Bersihkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil. Toskan sekejap.
- Gaulkan ayam bersama lada sulah, garam dan perasa, 3 biji telur putih. Kemudian, perap. Paling cepat 15 minit.
- Selepas tu, gaulkan ayam dengan tepung beras.
- Panaskan, minyak. Goreng ayam yang telah digaul dengan tepung beras tadi.
- Goreng separuh masak dan angkat.
- Tunggu minyak panas lagi. Kemudian, goreng sekali lagi ayam tadi sehingga warna perang.
- Selepas tu, sangai biji bijan. (Goreng tanpa minyak)
- Kemudian, gaulkan ayam goreng tadi dengan sos korea Adabi sehingga sebati. Jika mahu lebih pedas lagi, tambahkan lagi sos korea Adabi.
- Dah sekata tu, taburkan biji bijan tu.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!