Resepi Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang amat sesuai sebagai snek. Ayam goreng KFC yang dikongsikan kali ini tidak menggunakan tepung goreng ayam KFC,sebaliknya semua bahan-bahan yang digunakan ialah bahan mentah yang diadun hingga hampir seperti ayam KFC.
Ayam goreng hot and spicy agak popular sejak akhir-akhir ini,dimana masyarakat kita yang sememangnya gemar pada makanan pedas mulai mencari makanan yang lebih pedas. Sehinggakan restoran makanan segera mulai menawarkan menu hot and spicy, lebih pedas lebih sedap. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi ayam goreng KFC Hot and Spicy, berikut adalah bahan-bahannya.
Resepi Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)
- Bahan-bahan (Perap untuk 1-2 jam)
- 1 ekor ayam potong
- 7 ulas bawang putih tumbuk
- 3 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu serbuk kari ayam
- 3 sudu serbuk pasti sedap
- sedikit soda bikarbonat
- sedikit garam
- sedikit air
Bahan-bahan : (Tepung Salut)
- 2 cawan tepung jagung
- 3 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit serbuk lada putih
- sedikit serbuk bawang putih
- sedikit serbuk five spice
- sedikit serbuk oregano
- sedikit serbuk thyme
- sedikit soda bikarbonat
- 1biji telur
Kaedah
- Perap ayam 1-2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
- Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
- Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
- Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
- Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.
- Toskan apabila telah masak
- Siap.
Sungguhpun rupa ayam goreng ini tidak seperti di KFC, namun rasanya amat sedap seperti ayam KFC. Anda boleh anggarkan sendiri sukatan cili jika anda ingin sesuatu yang lebih sedap. Satu petua untuk dapatkan gorengan yang tidak hangus ialah mengorengnya dengan api yang sederhana sahaja. Dengan itu diharapkan anda akan mencuba resepi ini,semoga berjaya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.