Ayam goreng berempah memang menjadi kegemaran ramai orang tak kira umur. Resepi ini menggabungkan rasa juicy ayam serta pelbagai rempah ratus yang memberikan rasa yang menarik dan memikat selera. Proses memerap ayam goreng ini mengambil masa yang lama untuk memastikan perapan rempah ratus ini sebati dengan ayam. Makan pula sewaktu panas memang sedap tak terkata. Jom kami nak kongsikan resepi ini yang dikongsikan oleh Fatimah Ali.
Bahan-bahan
- Seekor ayam dipotong kecil di bersihkan
- 2 biji Bawang Besar
- 6 ulas Bawang Putih
- Halia 2 cm
- Lengkuas 1 cm
- Serai 5 btg
- Ketumbar 5 sb
- Jintan Manis 2 sb
- Jintan halus 1 sb
- 2 sb serbuk kunyit
- 2 sb serbuk kari
- 2 sb serbuk cili
- Garam,perasa secukupnya
- 1 sb cuka makan
- Secekak daun kari
Cara Penyediaan
- Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai, ketumbar, jintan manis dan jintan halus.
- Perap bersama ayam.
- Letak serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk cili.
- Garam perasa dan cuka.
- Gaul rata.
- Perap setengah jam atau lebih.
- Panaskan minyak.
- Letak daun kari dan goreng api sederhana.
- Hingga kekuningan dan masak.
Resepi ini dapat mengekalkan kerangupan ayam goreng berempah ini sehingga petang dan akan kekal lembut. Selalunya ayam goreng berempah ini sesuai dimakan bersama nasi kukus dan sambal belacan memang ngam.
Resepi Menarik Yang Lain
Terima kasih kerana sudi membaca resepi yang telah kami kongsikan ini. Terdapat pelbagai resepi menarik yang anda boleh cuba. Selamat mencuba!
Leave a Reply