Resepi Asam Laksa Cina Paling Asli Gerenti Sedap Menyelerakan!

laksa-cina

Asam Laksa Cina merupakan hidangan yang amat lazat dan telah pun berasmilasi dan menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Hidangan ini biasanya dihidangkan di majlis – majlis keraian seperti majlis perayaan dan majlis hari jadi. Ini kerana, hidangan ini mudah untuk disediakan tetapi masih lagi memberikan rasa yang lazat dan menyelerakan.

Kali ini, kami bawakan resepi asam laksa cina ini khas buat anda semua. Tahukah anda, sebenarnya resepi ini mudah untuk disediakan? Ianya juga menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Kini, anda boleh menyediakan asam laksa cina ini pada bila – bila masa bergantung kepada selera anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Ben Safwan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Asam Laksa Cina

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram) (kuah tidak diambil)
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping)
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan Kisar:

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • Ulam Asam Laksa Cina :
  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ikan. Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.
  2. Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.
  3. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.
  4. Apabila ikan rebus dah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
  5. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
  6. Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, daun pudina.
  7. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
  8. Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
  9. Basuh ikan sardin,goreng biar garing luar lepas tu hancur kasar. Apabila hendak makan, taburkan ke atas laksa.
  10. Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Boleh lah hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *