APAM SURI @ APAM TOKYO

APAM SURI @ APAM TOKYO ♥

Bahan kulit :
Tepung gandum 1 cawan
Telur 1 biji
Gula 2 sudu besar
Air satu cawan
Yis @ mauripan 1/2 peket
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikot nak warna apa)
*sukatan nie boleh buat 10 keping apam & lebih taw !

Cara buat :
Blender kesemua bahan dan biarkan @ rehatkan 5 minit
Masak atas kuali non stick (tanpa minyak ye)
Masak atas api sederhana
*tak perlu paling .. masak sebelah bahagian sahaja

Bahan inti :
2 sudu tepung kastard
Susu cair sikit (kalo xde xpa)
Secawan air
4 sudu gula (boleh kurangkan)
Jagung dalam tin

Cara masak :
Campur kesemua bahan sebati kemudian masak atas api sederhana sehingga likat

Apabila kulit apam dah masak, letak atas pinggan dan letakkan inti kastard jagung & taburkan coklat rice.

Lepas tu lipatkan dua ala2 karipap gituh .

Sedia untuk ngap ! Kompom gebu gebas taw . Inti terpulang .. kalau malas buat pkai jem pon boleh, x pun peanut butter, kaya or nutella je pun sedap jugak 😉

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *