Resepi Air Jagung Puaka (Confirm Power!)

air-jagung

Air jagung, dihidangkan pula pada musim panas. Kombinasi yang terbaik! Rasanya yang manis, diletakkan ais serta aiskrim. Memang tak cukup satu, confirm bertambah punya! Kalau air jagung biasa pun sudah sedap, kali ini, kami bawakan resepi yang buat anda minum air jagung tak ingat dunia!

Resepi air jagung ini amat mudah untuk disediakan. Ianya juga tidak menggunakan bahan yang sukar untuk dicari. Jadi, anda boleh menyediakannya dalam masa yang kejap sahaja.

Resepi ini dikongsikan oleh Rose Farra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Let’s check it out!

Resepi Air Jagung Puaka

air-jagung
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Perisa jagung – 5 sudu besar
  • Jagung tin – 5 sudu besar
  • Air masak – 2 cawan besar
  • Susu cair – Setengah tin
  • Susu pekat – 6 sudu

Tambahan:

  • Ais
  • Beledor hitam (Agar – agar)
  • Aiskrim

Langkah penyediaan:

  1. Masukkan perisa jagung dalam jag.
  2. Masukkan air dan susu cair.
  3. Masukkan susu manis.
  4. Tambahkan jagung tin.
  5. Masukkan ais dan aiskrim untuk lebih sedap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

2 Comments

  1. Anonymous says:

    Assalammualaikum,,minta izin iya guna gambarnya,,,

  2. Salam.. Mohon izin nak guna gambar ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *