Selalunya tiba sahaja bulan puasa memang air kurma menjadi pilihan tak kira dalam hidangan berbuka atau sahur. Air kurma juga dikatakan mampu memberikan tenaga yang lebih lama ketika berpuasa. Cukup bersahur dengan air rendaman kurma dapat membekalkan tenaga yang lebih untuk anda.
Kurma cina juga sesuai diamalkan untuk perempuan hamil ini kerana mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Resepi kali ini kami bawakan anda resepi air kurma.
Resepi Pati Kurma
Resepi pati kurma ini wajib anda cuba. Selepas ini nak berbuka atau bersahur terus campurkan sahaja dengan susu dan dah boleh minum. Resepi oleh Fa Phong.
Bahan-bahan
- 1 kotak kurma
Cara Penyediaan
- 1 kotak kurma, pilih yang jenis lembut (saya beli kurma rotab memang lembut biji pun kecik je)
- Asingkan biji kurma amek isi.
- Kukus 20min.
- Blend/ food processor sampai jadi paste (saya tak campur air tips nak paste kurma tahan lama).
- Masuk dalam botol, nak simpan peti ais.
- Bila nak guna 1 cawan susu + 1 sudu pati kurma.
Resepi Susu Kurma
Kalau nak beli susu kurma di luar boleh tahan juga kan harganya, kali ini jom cuba buat sendiri susu kurma. Resepi oleh Zainor Shima Ihsan.
Bahan-bahan
- 21 biji kurma ( ikot suka nak guna kurma ajwa/ azizi/ mabroom/ mariani / safawi. Boleh kurangkan kuantiti kurma jika untuk segelas)
- 1 gelas sederhana air masak
- 2 gelas sederhana susu segar (full cream @ low fat)
Pilihan lain sebagai tambahan
- Madu
- Oat
- Pisang
- Serbuk kayu manis
- Aiskrim vanilla
- Ketulan ais
Cara Penyediaan
- Belah kurma dan buang biji. Basuh biji kurma, ketepikan.
- Rendam isi kurma dengan air panas semalaman. Bila dah sejuk, simpan dalam peti ais.
- Keluarkan isi kurma dan kopek kulit kurma. Tuang isi kurma berserta air rendaman tadi dalam pengisar dan tambah sekali susu full cream.
- Kisar sehingga halus. Tuang dalam gelas dan terus hidangkan samada sejuk atau suam.
- Biji kurma dibasuh dan sangai kering dalam kuali. Bila dah naik bau,tutup api. Bau macam kopi. Kisar dengan blender kering. Kemudian tapis serbuk biji kurma. Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Air Coklat Kurma
Kalau anda seorang yang tak berapa suka susu, apa kata anda cuba resepi air coklat kurma ini dari Cikka Lofa ini yang mencampurkan susu coklat. Memang sedap pasti anak-anak pun suka.
Bahan-bahan
- Kurma 7 biji
- Susu coklat 1 gelas setengah
- Madu 1 sudu
- Air masak (pada sapa yang tak suka manis)
Cara Penyediaan
- Kopek kurma dan keluarkan bijinya, kemudian basuh dengan air panas.
- Masukkan semua bahan tadi dalam blender dan blend.
- Tapis dulu serdak kurma sebelum nak minum tapi kalau suka makan dengan kulit kurma tu no hal.
- Siap! Boleh terus minum.
Resepi Susu Badam Kurma
Resepi susu badam kurma ini juga boleh menambahkan lagi tenaga anda jika berpuasa. Badam sendiri mempunyai khasiat tersendiri. Resepi sihat dari Iza Qayyum Shakira.
Bahan-bahan
- 1 cawan badam mentah
- Air masak untuk merendam
- 4 cawan air masak
- Kurma dalam bilangan ganjil
- Secubit garam kasar (garam biasa pon boleh)
- Sedikit esen vanila
Cara Penyediaan
- Rendam badam dalam air masak selama 12jam (kuantiti air sampai badam semua terendam).
- selepas 12 jam,tapis badam (ambil badam sahaja).
- Masukkan badam yang ditapis dalam blander bersama bahan lain.
- Blender lebih kurang 5 minit sampai bertukar warna ke putih susu.
- Ambik penapis (penapis jenis kain) kalau penapis biasa tak boleh sebab nanti termasuk serdak badam.
- Tapis semua sekali.
- Boleh lah di minum.
- Sejukkan dulu baru sedap,
- Susu tahan 3 ke 4 hari dalam peti sejuk.
Resepi Air Rebusan 6 Bahan Kering
Air rebusan 6 bahan kering ini termasuk goji berry. Goji berry dikatakan mempunyai khasiat yang baik untuk perempuan hamil. Resepi ini dari Rozila Ahmad.
Bahan-bahan
- Kurma merah*
- Kurma hitam*
- Longan*
- Gulamadu*
- Rosebud
- Gojibery
Cara Penyediaan
- Rebus bahan bertanda * bersama 2liter air.
- Tutup api baru masukkan ROSEBUD & GOJIBERY.
Resepi Menarik Yang Lain
Terdapat banyak lagi resepi menarik yang lain telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa baca dan cuba. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami.
Leave a Reply