Resepi Air Boba (Fuuhh NIKMAT)

air boba

Kesedapan minuman boba membuat minuman ini makin banyak jumlah peminat. Ramainya peminat ini semestinya sejalan dengan makin banyak kedai minuman boba tersedia. Namunnya kesedapan ini mestilah perlukan duit untuk beli dengan harga yang boleh dikata tidaklah murah.

Walaupun begitu, ramai juga orang yang rela beli dan beratur lama untuk sekedar merasai kesedapan minuman boba. Tidak dinafikan lagi, kanak-kanak hinggalah orang dewasa memang suka minuman boba. Kadang, tidak kisah air apa janji dapat kunyah-kunyah boba yang kenyal dan manis.

Namun, pernahkah anda terfikir untuk buat sendiri boba hasil air tangan anda? Senang teramat jika ingin buat boba. Mesti rasa lagi sedap dan selamat jika buat sendiri bukan?

Resepi boba diolah oleh Nurul Atikah Mustafa di laman Facebook. Resepinya amat simpel bahkan boleh dibuat sesambil tengok drama. Boba sedap diminum dengan teh ais. Jadi ala-ala Chatime, Tealive, Xing Fu Tang gitu. Boleh juga dibuat dengan air kopi ais. Lega tekak seharian. Best juga untuk berbuka puasa.

Resepi Minuman Boba

air boba
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung ubi,
  • ½ cawan air panas (untuk uli doh),
  • Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau). Ada juga yang jual pewarna hitam di kedai bakery). Sukatan agak-agak ya.
  • Secubit garam halus,
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula perang,

Cara-cara :

  1. Tepung ubi dibubuh garam. Gaul rata.
  2. Masukkan air panas sedikit-sedikit sambil uli sampai doh tidak melekat di tangan. Kacau dengan sudu sebab panas.
  3. Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh itu bubuh air sedikit lagi.
  4. Bentukkan doh tadi bulat kecil. Kalau ingin senang gentel panjang-panjang kemudian potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat.

    air boba
    Imej via Facebook
  5. Masukkan 4 cawan air dan gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.
  6. Masukkan hasil doh yang bulat kecik ke dalam air gula yang mendidih tadi.
  7. Dengan api kecil, masak dalam 30–40 minit atau sampai air gula jadi likat. Kalau masak sekejap nanti liat@mentah pula black pearls tadi.

    air boba
    Imej via Facebook
  8. Jika sudah siap simpan dalam bekas lain sekali dengan air gula tadi. (Simpan dalam peti boleh cedok setiap kali teringin. Tapi tidak digalakkan sebab bimbang dia jadi keras. Sebaiknya untuk sekali serve saja letak di luar saja.
  9. Hidang dengan minuman kegemaran.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi air boba, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *