Air jagung lemak manis

Nak buat air jagung ? lemak manis pekat melikat kawkaw ni, WAJIB guna pati jagung double lion dan sweet corn krim ayam brand baru kebaboom?!! kalau cap lain mmg tak menjadi, kurang kick, kurang power. Bahan lain tu boleh je tibai cap ape2.

Nak TAG@SHARE silakan ye ✌

RESEPI AIR JAGUNG LEMAK MANIS??
By nurul kitchen?

Bahan-bahan:-
1.5 liter Air masak (2 liter kalau taknak letak ais)
½ botol pati jagung double lion (botol 375ml)
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
½ sudu kecil pewarna kuning telur (guna pewarna merah kalau nak color air oren2 kuning)
½ sudu kecil perisa jagung
½ tin sweet corn ayam brand
½ beg kecil ais kiub
1 sudu kecil garam halus

Cara bancuh:-
Dalam bekas besar, masukkan air, susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
Masukkan pati jagung, pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
Masukkan sweet corn, garam dan kacau kacau sampai sebati.
Masukkan ais kiub setengah beg kecik. Siap!

Kredit resepi kepada Nurul Zafifah Mohd Sahri

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *