10 Kumpulan Resepi Agar agar Frozen (Sejuk dan Segar)

Jom buat agar-agar frozen!
Agar-agar frozen pencuci mulut yang seuai untuk dinikmati pada cuaca panas. Agar-agar frozen bukan sahaja sedap tetapi juga menarik dari segi rupa dan rasa. Anda hanya perlukan serbuk agar-agar, air, gula, dan pewarna atau perisa pilihan seperti pandan, strawberi, atau mangga. Setelah agar-agar dimasak dan dibiarkan sejuk, ia kemudian dibekukan di dalam peti sejuk untuk memberikan tekstur yang lebih kenyal dan menyegarkan. Anda boleh juga mencampurkan susu cair atau santan untuk mendapatkan rasa yang lebih berlemak.
Selain rasa yang sedap, agar-agar frozen juga sihat dan rendah kalori. Jika menggunakan buah-buahan segar dalam penyediaannya, ia juga membekalkan vitamin dan antioksidan yang baik untuk tubuh.
Ayuh buat agar-agar frozen, untuk hidangan potluck atau sekadar snek ringan ketika cuaca panas. Sejukkan tekak bersama 10 resepi kumpulan agar-agar frozen dari laman Facebook yang kami kongsikan di bawah.
Agar-agar Santan Gula Merah Frozen

Resepi pertama dikongsikan oleh Shyma Mahmud di laman Facebook. Menurut sis ini, pantang dia jangan di kacau untuk dapatkan agar-agar yang padu, baru cantik coraknya nanti.
Bahan-bahan :
- 12 gram agar-agar serbuk,
- 1000g air suhu biasa,
- 110g gula,
- 100g gula merah,
- Secubit garam,
- 2 biji gula batu.
- Gaul semua, masak di atas api sampai mendidih.
- 200g santan kotak,
- 1 biji telur.
Cara-cara :
- Gaul sekali semua bahan dan masukkan dalam kuali.
- Kacau sebentar, biar mendidih (jangan dikacau).
- Tutup api.
- Kacau dulu sebelum tuang dalam acuan lompang, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais.
Agar-agar Frozen Santan Pandan

Setiap kali ايزوين راينو buat agar-agar santan pandan mesti teringat kepada arwah ayahnya sendiri. Kegemaran seisi keluarganya.
Bahan-bahan :
- 1 peket agar-agar tali (20 gram),
- 1 cawan gula (ikut manis yang diinginkan),
- 4 cawan air,
- 1½ cawan air pandan (5 helai daun pandan),
- 1 kotak kecil santan,
- 1 biji telur,
- Secubit garam.
Cara-cara :
- Masak agar-agar tali bersama air sehingga hancur.
- Masukkan gula.
- Masukkan air pandan.
- Dalam mangkuk lain godak santan, telur dan garam.
- Masukkan dalam periuk agar-agar.
- Biarkan mendidih membuak jangan kacau selalu (kalau selalu kacau akan jadi kurang berbintil).
- Basahkan bekas atau loyang kemudian tuang agar-agar.
- Biarkan keras dan masukkan dalam peti ais.
Agar-agar Permata Frozen 5 Bahan

Siapa teringin buat agar-agar senang dengan 5 bahan? Nurul Amalina Anati Abdullah berkongsi resepi daripada bonda di kampung. Warna yang menarik anak-anak pun laju makan.
Bahan-bahan :
- Agar-agar tali 1 paket 25 gram,
- Air 6 cawan (cawan minum kopi),
- Gula 6 sudu besar (boleh tambah kalau ingin lagi manis),
- Susu cair ½ tin,
- Pewarna merah, hijau, kuning.
Cara-cara :
- Masukkan air, gula dan agar-agar. Larutkan atas api sederhana sehingga betul-betul larut.
- Tutup api.
- Ambil 3 senduk kecil agar-agar yang telah larut tadi dan masukkan dalam 3 bekas berasingan. Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.
- Baki agar-agar dalam periuk dipanaskan atas api sederhana dan masukkan susu cair.
- Tuang agar-agar susu tadi dalam loyang.
- Potong dadu agar-agar warna warni.
- Masukkan agar-agar warna warni dalam agar-agar susu.
- Biarkan sejuk bawah kipas sekejap baru masukkan dalam peti.
- Jika sudah sejuk boleh dihidangkan.
Agar Agar Coklat Malt Frozen

Seterusnya kami berkongsi resepi agar-agar coklat yang sedap. Dalam resepi ini Mickeyy Deraken menggunakan Milo. Namun, jika anda tidak mahu pakai Milo boleh gantikan dengan coklat tempatan lain.
Bahan-bahan :
- 1 paket agar-agar tali (20gram),
- 5 gelas air,
- ½ tin susu pekat manis,
- 1 senduk gula pasir,
- 1 cawan milo,
- ½ sudu teh garam (untuk melemakkan rasa).
Cara-cara :
- Masak agar-agar bersama air dan garam hingga larut. Masukkan gula, kacau hingga hancur.
- Kemudian masukkan milo dan susu sambil dikacau rata hingga mendidih.
- Masukkan agar-agar ke dalam loyang. Biarkan suam sebelum dimasukkan dalam peti ais.
Jelly Ball Frozen Pasar Malam

Seterusnya Shakila AB Rashid berkongsi resepi jelly ball yang dijualnya. Acuan beli di shoppee @ kedai-kedai bakeri sahaja. Kalau ingin dapat bentuk bulat yang cantik mesti isi penuh acuan baru ditutup, kalau ada lelehan di luar, abaikan saja yang terkeluar itu.
Bahan-bahan :
- 1 pek serbuk jelly 10g plain,
- ½ pek (5g) serbuk agar plain,
- 250g gula,
- 1200g air,
- Kordial ikut selera.
Cara-cara :
- Satukan serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula.
- Campurkan dalam air.
- Masak hingga mendidih. Sentiasa kacau bagi semua bahan larut.
- Bahagi kepada beberapa bahagian.
- Saya buat bahagi 3 sahaja, setiap bahagian letak 2 sudu besar kordial.
- Tuang dalam acuan dan tutup.
- Biar suam sedikit baru masuk peti, siap.
Fruity Jelly Ball Nutrijell Frozen

Ramai yang sudah buat Fruits Jelly Ball. Ada pelbagai versi resepi. Ini adalah cara Bam Azimad berkongsi di laman Facebook. Hanya pakai agar-agar Nutrijell.
Bahan-bahan :
- 7 gram agar-agar serbuk,
- 20 g serbuk jelly Nutrijell,
- 1400 ml air (jika gunakan serbuk jelly jenama lain sila ikut sukatan air pada pack),
- 350g gula (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri),
- Perasa tutty fruity (beli di kedai bakery),
- Gula batu seketul (optional),
- Buah-buahan,
- 1 sudu kecil biji selasih direndam dengan air panas.
Cara-cara :
- Satukan semua bahan dan wisk supaya serbuk agar-agar dan serbuk jelly larut dalam air dan tidak berketul.
- Jerang bahan hingga mendidih. Matikan api dan masukkan biji selasih yang telah kembang.
- Setelah wap panas hilang dan hampir suam, bolehlah dituang ke dalam acuan.
- Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam.
Jelly Ball Frozen Kuah Kastard

Orang lain sudah lama cuba buat, Ogy Ahmad juga mencuba buat dan menjadi dengan jayanya. Pakai serbuk agar-agar sahaja.
Bahan-bahan :
- 1 paket serbuk jelly,
- 1 paket serbuk agar-agar,
- 6 sudu besar gula,
- 1500ml air,
- Pewarna,
- Esen vanilla.
Cara-cara :
- Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam periuk.
- Kacau sehingga serbuk agar-agar dan jelly hingga larut.
- Masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
- Masukkan esen vanilla.
- Bahagikan kepada beberapa warna dan masukkan ke dalam acuan.
- Boleh juga letak buah-buah yang dipotong dadu ke dalam acuan.
Bahan Kuah Kastard :
- 1 tin susu cair,
- ½ tin air,
- 3 sudu gula,
- Esen vanilla,
- 2 sudu tepung kastard,
- Secubit garam.
Cara-cara :
- Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga larut.
- Masak dengan api sederhana.
- Kacau sehingga mendidih.
Jelly Kelapa Muda Frozen

Musim panas apa kata pekena jelly kelapa muda? Kalau orang utara panggil agaq – agaq nyoq muda. Penyejuk tekak musim panas. Sangat sedap, letak dalam peti sejuk petang boleh dimakan sambil menikmati angin petang. Fina Rahim guna serbuk agar-agar cap swallow globe clear.
Bahan-bahan :
- 1 paket agar-agar serbuk (10 gm),
- 2.6 liter air kelapa muda kalau ingin keras kurangkan air. Tapi 2.6 liter sedang elok macam jelly lembut-lembut dan tidak keras macam agar-agar biasa.
- Isi kelapa muda,
- 9 sudu besar gula,
- 3 helai daun pandan.
Cara-cara :
- Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda, padamkan api. Biarkan sejuk sedikit dan boleh dimasukkan ke dalam bekas yang disukai.
- Sejukkan dalam peti ais dan bila sudah sejuk boleh dimakan. **sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, boleh di tambah dengan air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
Frozen Puding Jelly Laici

Idea menu potluck buat puding laici dengan resepi Jannah Zulkifli. Pastikan semua campuran air tu menjadi sukatan 1500ml untuk 10g serbuk agar-agar. Sama ada ingin letak air jus laici atau tidak letak terpulang. Ini resepi untuk tekstur lembut-lembut. Kalau anda suka keras, kurangkan campuran cecair jadi 1200ml. Laici dimasakkan sekali dengan susu dalam separuh tin, baki hiaskan di atas puding. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila bagi bau wangi.
Bahan-bahan :
- 10 gm agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar biasa (28 gram),
- 6 gelas air,
- 1 ½ cawan gula,
- 1 tin susu cair,
- 1 tin laici dalam tin (mesin sedikit),
- 1 tin laici (untuk hiasan).
- Cara-cara :
- Masakkan agar-agar serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
- Masukkan gula, biarkan mendidih lagi (jika gunakan agar biasa kena tapis).
- Tutup api, masukkan air laici dan susu cair.
- Tuangkan dalam acuan (terpulang ingin acuan besar atau mangkuk kecil). Bila sudah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
- Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
Agar-agar Frozen Salji

Warna biru yang betul-betul cantik macam frozen. Reen Kamarudin buat dua bekas, satu bekas kecil untuk potong kiub-kiub konon-konon bongkah ais dalam agar-agar. Lagi satu bagi pekat sedikit warna biru baru cantik.
Bahan-bahan :
- Agar-agar serbuk 2 pek,
- Susu cair,
- Gula,
- Longan,
- Biji selasih,
- Pewarna biru.
Cara-cara Lapisan frozen biru :
- Agar-agar serbuk – 1 pek,
- Air 3 cawan,
- Susu cair,
- Gula,
- Masukkan pewarna biru 2-3 titik supaya nampak cantik.
Lapisan frozen atas :
- Agar-agar serbuk – 1pek,
- Gula,
- Air Longan,
Cara-cara :
- Biji selasih direndam dulu, kalau sudah kembang baru letak di bahagian atas sekali.
- Lapisan bawah keraskan dahulu baru buat lapisan atas. Kalau sudah keras ambil garfu garis-gariskan dekat atas lapisan frozen biru tadi.
- Potong kiub agar-agar frozen biru yang dalam bekas kecil tadi.
- Masukkan lapisan kedua tadi, susun kiub-kiub tadi.
- Susun Longan sekali dan biji selasih (tidak perlu tunggu keras, nanti biji selasih akan naik sendiri ke permukaan).
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Agar-agar Frozen, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.