Abok-abok

? Abok-abok ? org kedah panggil..

Dok kolumpo ni depa sebut tepung gomak pulak ?
Xkisah la apa nama pun..
Yg penting kuih ni mmg terbaekkkk…
Ssh nk jmpa uiiii !!

ATAS PERMINTAAN RAMAI ,SAYA EDIT RESEPI DISINI YE..

Bahan Inti:

• 2 cawan kelapa parut putih
• 1/2 cawan gula merah (yg gelap sket)
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air
• 1 helai daun pandan
Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga air kering.
Ketepikan & biar ia sejuk.

Bahan doh :

• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• secubit garam

Bahan habok :

• kacang hijau (sebaiknya beli yg dh dibuang kulit)
– digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.

Cara buat doh dan masak :

1. Panaskan air dlm periuk.

2. Sementara menunggu air mendidih blh uli doh dulu.. letakkan sedikit garam dlm tepung,tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

3. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula.

4. Bila air dh mendidih, masukkan doh td. Tunggu smpai timbul , angkat dan toskan.(mcm buat buah melaka jgk)

5. Terus letak dlm habok td sambil tepuk2 manja bg leper
(Kalau mls nk buat sdiri habok ni blh beli tepung kacang hijau terus…tp sy suka yg buat sdiri sbb wangiiiii )

Selamat mencuba ??‍??‍??

credit to Mazra Ayu Mazli via #mahn
.
.
.KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE” & LIKE PAGE IBU
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *