Tadi ada yang mintak sos dan sup stimboat kan.. ni saya sediakan resepi ya.. kalau x tau bole tanya…
Resepi sos stimboat ala jhonnys… korang pandai2 laa adjust ekk.. aku pon xde measurement yang tepat utk sebarang resepi… cara aku campak2 je.. ikut rasa aku… ikut suka aku… yang penting jadi… dan sedap.. insyaaallah…
sos stimboat ala pakcik jhonnys .
10 batang cili merah
akar dan batang daun ketumbar
5ulas bawang putih
10 sudu besar sos ikan
10 sudu besar cuka
gula merah /gula melaka
gula pasir
garam
2bcawan air
2sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
2 sudu besar minyak masak
hirisan daun ketumbar
bijan yang disangaib(goreng tanpa minyak)
cara2 :
1-masukan cili, akar dan bayang daun ketumbar, bawang putih ,garam,gula merah,gula pasir, sos ikan,cuka,air dalam blend… blend sampai semua hancur ..
2- masukan bahan yang di blend dalam periuk .. masukn minyak.. masak dgn api yang kecil.. sampai sebati.. tuangkan bancuhan tepung jagung.. biarkan sampai sos agak pekat dan likat..
3- adjust rasa sos ikut tekak masing2.. tambah apa yang kurang.. last touch up.. masukan hirisan daun ketumbar dan bijan yang di sangai .
4-sedia di hidangkan .
Selamat mencuba
???????
Kuah basic stimboat ala saya :
Untuk lebih kurang 5 liter .
tulang3 ayam
1 labu bawang putih (ketuk)
halia besar 2 ibu jari.. (ketuk)
lada sulah secukupnya.
2 ketul kiub ayam
air secukupnya.
garam dan gula.
cara2:
masukan semua bahan dalam periuk .. reneh bahan sampai menggelegak.. sesuaikan rasa.. bila da ok.. keluarkan hampas2 bahan… atau boleh transfer kuah sup ni letak dalam cerek..
korang xde pot stimboat jgn risau.. bole pakai periuk nasi je..
masukan kuah dalam periuk.. masukan bahan2 yg korang suka.. dan makan dgn sos stimboat yg ohsemm tu.. perghhhhh…
makan laaa sampai lebam… pas ni x payah p makan stimboat kt luar lagi dah…
SELAMAT MENCUBA TAU!
kredit resepi kepada Ainun Nisa via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Leave a Reply