Resepi Apple Pie (Betul-betul Macam McD)
Ingatkan sukar buat apple pie, tapi mudah rupanya. Sharinaz Redwan berkongsikan resepi apple pie yang senang untuk dicubakan di rumah. Perkongsian di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai.
Satu keunggulan resepi yang kami tuliskan ini ialah rasanya yang serupa dengan apple pie McD. Percaya tidak percaya, tapi itulah yang dikatakan sekumpulan orang yang telah cuba resepi ini.
Siapa rindu makan apple pie McD boleh cuba buat resepi ini. Penuh haru apabila makan apple pie yang sedap dan merangsang selera ini. Sentiasa gigih cuba buat sendiri. Sedap untuk hidangan pencuci mulut dan minum petang.
Resepi Apple Pie Simple
Bahan Inti :
- 3 biji epal hijau dibuang kulit dan potong dadu,
- 2 ¾ sudu besar brown sugar,
- 1 batang kulit kayu manis diblend kering jadi serbuk, tapis. Boleh guna yang siap serbuk.
- ½ sudu besar mentega,
- ½ sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 3 sudu besar air.
Cara-cara:
- Panaskan mentega, masukkan epal. Biar sampai lembut.
- Masuk gula perang.
- Masukkan serbuk kulit kayu manis. Biar sebati.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Biar sejuk.
Bahan Kulit :
- Guna kulit Roti Paratha Plain. Ada jenis untuk pastry.
- 1 biji telur kuning untuk sapu atas pastry.
- Bakar pada suhu 250°C selama 25 minit. (Kepanasan bergantung oven masing-masing).
Resepi Menarik Lain
Selain resepi apple pie, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.