Adakah yang sanggup lawan kesedapan sos cheese wedges ala kf*? Sekali makan memang akan teringin lagi dan lagi. Sos cheese pula paling sesuai dimakan dengan kentang wedges.
Ramai orang yang sanggup berhabis duit demi untuk membeli sos cheese sahaja melainkan sos cheese sedap dimakan dengan ayam goreng dan wedges juga. Namun, apa yang special daripada sos cheezy wedges ini.
Tampaknya, rasa lazat masin berkrim cheese inilah yang mampu menarik selera ramai. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat cheese ini bermacam-macam. Justeru, anda boleh cuba buat sos cheese wedges sendiri dirumah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Raja Amanina di laman Facebook.
Cuba buat sekali, gerenti teringin lagi dan lagi. Tiap-tiap makan kentang wedges dengan sos cheese, makan jadi menyelerakan lazat hingga menjilat jari. Sila cubakan.
Resepi Sos Cheezy Wedges
Bahan-bahan :
- 1 gelas susu fullcream@susu cair,
- ½ ketul keju cheddar,
- 2 sudu butter,
- 1 sudu teh serbuk cili,
- 1 ketul kiub ayam,
- 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air),
- 1 gelas air,
- Sedikit pewarna kuning atau oren,
- Sedikit gula.
Cara-cara :
- Mula-mula cairkan butter. Masukkan kiub ayam, serbuk cili dan air.
- Kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna (sentiasa kacau supaya tidak berketul).
- Masak hingga keju cair dan sedikit pekat.
- Simpan dalam bekas bertutup. Boleh masukkan dalam peti ais.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi sos cheezy wedges, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.
Leave a Reply