10 Kumpulan Resepi Roti Puri (Rangup Di Luar Lembut Di Dalam)

Roti puri merupakan pilihan sempurna untuk anda yang ingin menikmati hidangan yang mudah dan lazat! Dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang cepat, anda boleh membuat roti puri yang lembut di luar, namun rangup di dalam. Sesuai dinikmati dengan pelbagai jenis lauk, sambal bilis, kari ayam, kari ikan, kari daging, sambal sardin, kacang merah, kuah dal, kuah kacang, atau sengkaya. Dengan sedikit gigih, anda boleh menghasilkan hidangan yang memuaskan selera keluarga!

Tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan ini! Dengan sedikit tepung, air, dan bahan-bahan asas yang lain, anda boleh menyediakan roti puri yang lazat. Bayangkan roti puri yang baru digoreng, dihidangkan panas-panas serta teksturnya yang lembut dan rangup pasti membuatkan anda ingin makan lebih banyak.

Selain daripada menjadi hidangan yang menyelerakan untuk sarapan atau makan malam, roti puri juga boleh menjadi pilihan snek istimewa untuk pelbagai majlis. Dengan rasa yang unik dan mudah disediakan, ia pasti akan menjadi kegemaran keluarga dan rakan-rakan. Jadi, apa tunggu lagi? Ambil tepung dan pilih antara 10 resepi roti puri dari Facebook ini sekarang. Gerenti tidak akan mengecewakan!

Roti Puri Kembong

Imej via Facebook

Resepi pertama dibagikan oleh Ida Zaida di laman Facebook. ia berkongsi cara buat roti puri yang sedap, kembang dan lembut. Sesiapa yang tidak pernah buat roti ini, boleh cuba mudah sangat. Bahannya pun tidak banyak tapi hasilnya gebu, sedap dicicah dengan kari.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu teh yis,,
  • 2 sudu teh gula
  • Sedikit garam,
  • 3 sudu besar minyak masak,
  • ¾ cawan air.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan tadi. Masukkan air sedikit-sedikit sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan
  2. Perap adunan sampai kembang, sudah kembang tumbuk buang angin.
  3. Bulatkan kecil-kecil.
  4. Lenyekkan dengan penggelek hingga nipis. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya mudah untuk digoreng.
  5. Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan api sederhana.
  6. Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi. Goreng satu per satu.
  7. Masa menggoreng, kena simbah-simbahkan minyak ke atas roti. Bila sudah kembung, baru terbalikkan. Masak hingga kekuningan dan angkat.

Tips :

  • Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau tidak cukup panas, roti akan jadi leper dan tidak kembung.
  • Gelek siap-siap adunan tepung supaya senang untuk sesi menggoreng. Proses menggoreng mengambil masa yang singkat sahaja.

Roti Puri Cicah Sardin

Imej via Facebook

Roti puri sedap yang amat cicah dengan sardin. Resepi senang seterusnya dikongsikan oleh Janna Hanie di laman Facebook. Senang dan konfirm menjadi.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sb gula,
  • 3 sb minyak masak,
  • ½ cawan air suam,
  • Sedikit garam,
  • ½ paket yis kering 11 g.
Cara-cara :
  1. Uli semua bahan sampai jadi doh, rehatkan selama 20 minit.
  2. Kemudian canai doh kecil-kecil.
  3. Goreng bila minyak sudah betul-betul panas.

*Tips roti puri kembang cantik :

  • Leperkan doh betul-betul nipis.
  • Sambil goreng, siram minyak panas atas doh dalam kuali.

Roti Puri Gebu

Imej via Facebook

Roti puri kalau di kedah dipanggil roti arab. Rasa teringin makan roti puri cicah sambal sardin dengan gulai. Ayuh cubakan resepi roti arab Shahida Fariza di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 3 sudu besar minyak masak/marjerin yang dicairkan,
  • 1 sudu besar yis,
  • 1 sdt gula,
  • ½ sdt garam,
  • 1 cawan air panas.
Cara-cara :
  1. Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi macam serbuk roti.
  2. Masukkan air panas, uli sampai tidak lekat di tangan dan doh gebu.
  3. Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong dan rehatkan doh dalam 30minit.
  4. Leperkan doh. Goreng dalam minyak yang banyak dan cukup panas dengan api sederhana.
  5. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung.

Roti Puri Rangup

Imej via Facebook

Sarapan roti puri dan sambal sardin memang sedap. Rangup di luar lembut di dalam. Makan dua ketul sudah kenyang. Resepi dikongsikan oleh Dewi Jamaliah Kamsiar di laman Facebook.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu makan marjerin,
  • ½ cawan air sejuk dari chiller,
  • ½ sudu kecil garam.
Cara-cara :
  1. Gaulkan tepung gandum dan marjerin hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Uli dengan air sejuk yang dicampur garam sehingga tidak melekat di tangan.
  3. Kemudian tutup dan rehatkan doh dalam 15 minit.
  4. Selepas itu, bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki dan canaikan.
  5. Kemudian boleh digoreng dalam minyak panas dengan api sederhana besar.
    *Saya bulatkan sebesar bola pingpong. Doh ini dapat menghasilkan 10 keping roti puri.

Roti Puri Tanpa Yis

Imej via Facebook

Sesiapa yang tidak makan yis, tidak perlu risau, resepi roti puri daripada Fienaz Shafie kali ini tidak perlu yis pun. Tapi kembang dan gebu kejadiannya.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu besar gula,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 6 sudu besar minyak masak.
Cara-cara :
  1. Air dituang sedikit-sedikit sukatan agak-agak sahaja.
  2. Kemudian uli doh sampai tidak lekat di tangan dan buat bulat-bulat sehingga dapat 9 biji.
  3. Biar dalam 15 minit baru canai leper-leper.
  4. Goreng dalam minyak yang tengah panas. Siap.

Roti Puri Gebas

Imej via Facebook

Anak-anak pun semangat makan roti puri rangup. Lagi kalau dapat cicah dengan sambal sardin. Paling best sebab senang sangat buat. Walaupun pertama kali buat, Ira Abu Bakar Berjaya buat dengan lembut, gebu dan elok.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu makan yis,
  • 4 sudu makan minyak masak,
  • 4 sudu makan gula,
  • ½ sudu garam,
  • ¾ cawan air suam.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan kecuali air suam, gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air suam dan gaul sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan gelek dengan kayu penggelek.
  4. Terus goreng hingga kekuningan.

Roti Puri Lazat

Imej via Facebook

Roti puri jadi menu favorit keluarga. Memang sedap walau makan macam itu sahaja. resepi dikongsikan oleh Nur Azierah Khosni di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu besar yis kering,
  • 1sudu besar susu pekat,
  • Garam sedikit,
  • 1 sudu besar margerin,
  • 1 sudu besar minyak masak,
  • ½ air suam.
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali air. Ramas-ramaskan sampai sebati.
  2. Masukkan air dan uli seketika.
  3. Perap selama 30 minit.
  4. Bulatkan kecil-kecil dan canai leper.

Roti Puri Gemok

Imej via Facebook

Menu simple roti puri gemok tanpa yis dari Nurasykin Ali yang berkongsi di laman Facebook. Pastikan minyak betul-betul panas. Canai tak perlu nipis sangat pun tidak apa. Sambil goreng, curah minyak panas banyak kali di atas roti puri sampai dia kembong sendiri.

Bahan-bahan:
  • Tepung gandum 3 cawan,
  • Gula 1 sudu besar,
  • Garam 1 sudu kecil,
  • Marjerin 1 sudu kecil,
  • Air suam 1 cawan,
  • Minyak masak.
Cara-cara :
  1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
  3. Uli sampai doh tidak lekat di tangan
  4. Biar sekejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.
  5. Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecil.
  6. Canai leper dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas, guan api sederhana.
  7. Tengah goreng siram minyak panas atas puri biar mengembung. Angkat dan hidangkan.

Roti Puri Simple

Imej via Facebook

Ada yang suka dan teringin buat roti puri? Sue Shuk berkongsi resepi simple cara dia. Masak banyak cepat saja habis. Ayuh cubakan resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 3 sudu minyak masak,
  • 1 sudu gula,
  • 1 sudu yis,
  • 1 sudu kecil garam,
  • ½ cawan air suam.
Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga berderai, kecuali air.
  2. Kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Uli doh lebih kurang 15-20minit.
  4. Selepas perap selama ½ jam, bulatkan doh sebesar bola pingpong.
  5. Tutup bekas dengan tuala lembab yang bersih dan bertutup.
  6. Leperkan doh, goreng dengan minyak yang betul-betul panas.
  7. Curahkan minyak panas ke atas puri semasa menggoreng untuk jadikan puri kembung. Bila sudah kekuningan boleh angkat.

Roti Puri Tanpa Yis 4 Bahan

Imej via Facebook

Lagi roti puri tanpa yis. Hanya 4 bahan hasil kembung berongga. Rangup ketika panas dan lembut setelah sejuk dua-dua rasa sedap. Lemak-lemak ringan, cicah bersama gulai kari ayam padu. Resepi daripada Aisyah Humaira.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu besar tepung suji/semolina,
  • 1 sudu besar gula perang better brown,
  • ½ sudu kecil garam,
  • Air secukupnya.
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan di atas dalam bekas kecuali air. Kacau rata dan tuang air sedikit-sedikit sambil uli hingga sebati, lembut dan adunan doh tidak melekat di tangan.
  2. Bulatkan doh ikut saiz yang di sukai. Golek doh beberapa kali dalam tepung suji dan canai bagi leper.
  3. Goreng roti hingga keperangan, siap.

Tips: Supaya ROTI PURI kembung berongga adalah perlu minyak yang banyak ketika menggoreng dan siram-siram minyak atas Roti hingga Roti menggembung.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti puri, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *