Ramai orang amat menyukai hidangan udang masak lemak cili padi. Tetapi, tidak ramai yang boleh menyediakannya dengan sedap. Oleh itu, kali ini kami bawakan resepi udang masak lemak cili padi buat anda semua!
Resepi ini amat mudah kerana hanya menggunakan lima langkah asas. Ianya juga tidak memakan masa yang lama dan sesuai disediakan oleh mereka yang bekerja dan sibuk. Rasanya juga lazat dan enak dimakan bersama nasi putih panas.
Resepi ini dikongsikan oleh Zara Zahara dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, let’s check it out!
Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi
Bahan – bahan:
- 1 kilogram udang
- 1 biji bawang merah *
- Kunyit hidup sebesar ibu jari *
- 6 biji cili api *
- Santan
- 3 batang serai di ketuk
- 3 keping asam keping
- Garam
- Gula (jika perlu)
- Timun
- Kacang panjang
Bahan bertanda (*) ditumbuk
Langkah – langkah memasak:
- Masukkan 1 cawan air masak, bahan – bahan yang telah ditumbuk, serai, asam keping dan garam.
- Masakkan sehingga mendidih.
- Masukkan udang dan santan.
- Apabila mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
- Agak – agak mendidih selama 5 minit, tutupkan api dan hidangan siap untuk dihidang.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!
Leave a Reply