Nasi Ayam Hainan ini merupakan satu hidangan yang diambil daripada resepi masakan Cina Hainan. Bezanya nasi ayam hainan dengan nasi ayam biasa adalah, nasi ayam hainan dihidangkan tanpa kicap. Ayamnya pula dikukus menyebabkan isi ayamnya lebih berjus dan enak. Kali ini kami bawakan resepi nasi ayam hainan kukus yang lebih mudah untuk disediakan malahan express!
Sekiranya anda mempunyai tetamu secara tiba – tiba, hidangan ini amat sesuai untuk dihidangkan. Nasi ayam hainan kukus ini menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Malahan, cara pembuatannya juga bukan sahaja cepat tetapi juga sangat senang. Resepi ini juga sesuai buat mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana cara utama pembuatannya dikukus tidak menggunakan banyak minyak.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nairulhizam Yunus II dan mendapat banyak likes dan shares di Facebook. Mari kita lihat resepi ini!
Nasi Ayam Hainan Kukus Express
Bahan – bahan:
Stok Ayam:
- Ayam
- Bawang Besar
- Bawang Putih – lebihkan
- Halia Tua – lebihkan
- Lobak Merah
- Tomato
- Celery Stick
- *Garam – optional
Nasi:
- Beras yang dicuci bersih
- Stok / broth ayam yang dimasak awal tadi
- *Garam – optional
Ayam
- Isi Ayam
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Halia Tua
- Akar Daun Ketumbar
- Daun Ketumbar
Garnishing:
- Hirisan Timun
- Hirisan Tomato
Cara – cara memasak:
Stok ayam:
- Reneh semua bahan dengan ayam dengan air sekadar cukup menutup permukaan ayam.
- Tak perlu tambah minyak sebab nanti dalam proses renehkan stok lemak ayam akan terbit.
- Reneh sampai ayam betul-betul masak.
Nasi:
- Masak nasi sama macam masak nasi biasa. Sukatan stok pun ikut sukatan yang biasa anda guna.
Ayam:
- Susun isi ayam dalam loyang pengukus.
- Letakkan hirisan bawang, halian dan akar ketumbar.
- Akhir sekali letakkan lapisan daun ketumbar di atas.
- Proses ini untuk pastikan jus dari bahan-bahan tersebut meliputi ayam dan meresap masuk dalam ayam.
- Kukus sampai ayam masak.
- Masa hidang curahkan jus yang terhasil dari kukusan ayam tu atas ayam yang dah masak. Ini akan buat rasa ayam tu lagi sedap.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Leave a Reply