Bubur Candil Pelangi juga dikenali dengan nama Bubur Tepung Pulut. Di dalam bubur ini, terdapat butir berwarna warni yang dibuat daripada tepung pulut, dan digentel menjadi bulatan. Ianya amat enak dan rasanya berlemak, digabungkan pula dengan manis bubur itu, pastinya menjadikan juadah ini sebuah hidangan yang amat lazat dan digemari ramai.
Bubur candil pelangi juga mempunyai warna yang amat cantik. Namun begitu, warnanya boleh diolah sendiri oleh anda mengikut kreativiti masing – masing. Selain itu, oleh kerana bentuk candil yang bulat dan licin, para ibu bapa harus berhati – hati jika menghidangkan juadah ini kepada anak – anak ya!
Cara pembuatan bubur candil ini sebenarnya amat mudah dan bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Resepi ini telahpun dikongsikan oleh Nur Lyanna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!
Resepi Bubur Candil Pelangi
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 3 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Sedikit garam
Bahan B:
- 1 kotak santan Kara
- 2 / 3 helai daun pandan
- 1 cawan sagu biji (basuh dan ramas sedikit)
- 1 ketul gula melaka
- Gula putih secukupnya
Cara – cara memasak:
- Ulikan tepung pulut bersama sedikit garam dan air sehingga lembut dan tidak melekat ditangan.
- Bahagikan beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.
- Bulatkan mengikut saiz yang anda gemari dan rebus sehingga timbul.
- Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk.
- Di dalam periuk lain, panaskan santan.
- Masukkan dua helai daun pandan.
- Masukkan gula melaka dan gula putih.
- Tambahkan air dan kacau. Apabila nampak mendidih, masukkan biji tepung pulut dan biji sagu.
- Kacau sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
- Siap!
Nota: Bubur ini sesuai dimakan panas panas. Jika ingin makan sejuk, sesuai juga dihidangkan bersama 2 ke 3 ketul kiub ais.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply