Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Roti Susu Tembikai Manis Manis Lazat Mesti Laku

author name

πŸ“„

Puding roti susu selalunya dihidangkan begitu sahaja dengan kismis sebagai toppingnya. Kadang kala, kita inginkan kelainan pada juadah kita kan? Apa kata, anda sediakan puding roti susu tembikai yang mempunyai rupa yang amat cantik seperti tembikai. Pasti ianya akan digemari ramai orang!

Puding roti susu tembikai ini sebenarnya tidak menggunakan tembikai. Ianya hanya sebahagian daripada dekorasi yang unik dan dapat menarik minat yang melihatnya. Rasanya pula sama seperti puding roti yang biasa. Tetap lazat, manis dan berlemak. Jom kita lihat resepi ini dengan lebih terperinci.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puspa Hanim dan mendapat banyak shares di media sosial. Pasti sedap!

Resepi Puding Roti Susu Tembikai

puding roti tembikai
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 20 gm agar – agar tali
  • 1 sudu kfc agar – agar serbuk
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
    (masak semua bahan di atas sampai agar – agar dan gula sebati)
  • 1 3/4 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 4 keping roti di buang tepi
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sudu mentega

(Kisarkan kesemua bahan)

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan kedalam periuk supaya agar – agar kacau sebati.
  2. Tapiskan agar – agar bagi mengelak ketulan.
  3. Pada lapisan pertama, warnakan hijau dan tunggu keras sedikit.
  4. Kemudian, boleh masukan lapisan putih selapis.
  5. Akhir sekali, masukkan lapisan merah dan taburkan bijan hitam untuk biji tembikai.

Nota: Sila kekalkan agar – agar di atas dapur dengan api yang paling kecil semasa proses melapis.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *