Ayam Grill Sos Cendawan
AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN MABELES MUDAH DAN PANTAS
Bahan2 pun senang glerr nak dapat . Dahla senang nk dapat , senang pula nk masak soa ni . Kalau ampa dah try , ampa kongsilaa gambar naa . Nom nom nom ❤️️
—————————————————-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam…memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak
Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api
Kredit resepi ini tidak dapat dikesan . Sekiranya ia resepi anda boleh pm admin utk kredit nama anda 🙂