Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Udang Bakar Cheese (Berkrim dan Lazat Menjilat jari)

author name

📄

Penggemar seafood udang sila hadirkan diri anda. Udang bakar merupakan hidangan seafood yang popular dan digemari orang ramai. Makanan ini menggunakan udang segar diperap dengan rempah yang wangi, kemudian dimasak di atas arang atau pemanggang hingga dagingnya masak dan mengeluarkan aroma berasap.

Menu ini amat menggoda kerana daging lembut dan lazat. Tambahan pula kali ini bukan resepi bakar biasa namun bakar cheese. Pes meresap sempurna, menciptakan kombinasi rasa masin, pedas, berkrim yang lazat. Selain itu menu ini juga mudah disiapkan, anda hanya perlu perap dan bakar!

Menu ini pula sesuai dimakan pada apa jua kenduri kendara, majlis keluarga, ataupun sebagai menu makan malam sederhana kerana udang bakar cheese gerenti disukai dan menggugah selera.

Terdapat pelbagai pes perapan udang bakar cheese yang membuat terliur dan boleh disesuaikan dengan citarasa anda. Jom nikmati hidangan udang bakar cheese dengan sambal pedas, nasi putih dan ulam ikut kumpulan resepi udang bakar cheese daripada laman Facebook yang kami kongsikan di bawah ini.

Resepi Udang Bakar Cheese 3 Bahan

Imej via Facebook

Resepi pertama diawali oleh Masak Masak Bang Jamil yang berkongsi di laman Facebook. Sesiapa pecinta cheese boleh cuba resepi ini ya. Masin lazat berkrim dan wangi.

Bahan-bahan:
  • Beberapa ekor udang yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar,
  • Sedikit mentega,
  • Keju mozzarella,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit serbuk lada sulah @ lada hitam pun boleh.
Cara-cara :
  1. Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan dibelah bahagian belakangnya.
  2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
  3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
  4. Kemudian susun di atas pemanggang dan bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak.
  5. Keju akan cepat cair, jadi kalau biar lama-lama nanti hangit pula cheesenya. Kena agak-agak bila udang sudah keperangan maksudnya udang sudah masak.

Resepi Udang Bakar Berkeju Herbs

Imej via Facebook

Resepi seterusnya kami jemput anda untuk meratah udang bakar keju herbs. Diberi nama herbs sebab udang bakar ini menggunakan basil kering, paprika, lada hitam dan lada putih. Tentunya herbs ini akan kick sangat bila makan dengan cheese. Nurul Hawa Nadila Sari berkongsi resepi ala-ala western di laman Facebook.

Bahan – bahan :
  • 20 ekor udang harimau, guna udang galah pun sedap.
  • Keju,
  • Mentega,
  • Bawang putih (dicincang halus),
  • Garam,
  • Serbuk perasa.
  • Herbs (basil kering, paprika, lada hitam kasa dan lada putih kasar).
Cara-cara :
  • Udang dibelah dua.
  • Perapkan dengan bawang putih, garam dan serbuk perasa.
  • Biarkan kira-kira 15 minit.
  • Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang.
  • Diikuti dengan herbs paprika ground, basil kering, lada hitam kasar dan lada putih kasar.
  • Susun udang di atas dulang yang disapu mentega.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana salama lebih kurang 10 minit.

Resepi Udang Bakar Garlic Butter Cheese

Imej via Facebook

Mencari dinner yang eksklusif tanpa perlu keluar rumah. Boleh dinikmati sepuasnya di rumah bersama keluarga. Resepi mudah rasa hotel bintang. Jom cubakan resepi Baked udang/Lobster with Garlic Butter Cheese ala Nur Natasha Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Udang/Lobster-belah tengah/belakang,
  • Daun parsley,
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus-halus,
  • Butter 2-3 sudu.
Cara-cara :
  1. Mula-mula campur butter dengan potongan daun parsley dan bawah putih.
  2. Kemudian sapu campuran butter, daun parsley dan bawang putih dekat udang tadi. Kena sabar sebab susah lekat dekat isi udang.
  3. Bakar sehingga masak.
  4. Jika sudah masak letak cheese. Guna cheddar cheese potong-potong tutup keseluruhan isi udang.
  5. Bakar lagi dalam 10-15 minit. Siap.

Resepi Udang Bakar Cheese Sos Prego

Imej via Facebook

Pertama kali dengar udang bakar sos prego? Lee Naa Maail berkongsi resepi menarik ini di laman Facebook. Sesiapa peminat udang wajib cuba resepi ini.

Bahan-bahan :
  • Sos prego cheese herb,
  • Susu cair,
  • Mozarella cheese.
Cara-cara :
  1. Belah belakang udang.
  2. Panaskan sos prego herb, masukkan sedikit susu cair, kiub ayam@maggi cukup rasa sedikit.
  3. Jika sudah mengelegak, tutup api.
  4. Letak sos tadi di atas udang yang dibelah, taburkan mozarella cheese, bakar hingga masak.

Resepi Udang Bakar Serbuk Cili Tg Dawai

Imej via Facebook

Seterusnya resepi daripada Orang Tg iaitu dawai Rizal KingRiz yang suka berkongsi di laman Facebook. Orang Tg Dawai memang suka makan udang. Paling popular ialah mee udang Tg dawai. Selain itu ada juga udang bakar yang sangat sedap. Jom tengok resepi udang bakar Tg dawai.

Bahan-bahan:
  • 2 ekor udang (dibelah dan perapkan bersama garam dan lada hitam.
Topping:
  • 4 sudu besar butter (soft),
  • 1 sudu besar daun parsley,
  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 2 sudu besar minyak zaitun,
  • 3 ulas bawang putih (dicincang),
  • 2 sudu besar cheese parut (lagi banyak lagi sedap).
Cara-cara :
  1. Bakar udang dibahagian isi selama 4-5 minit.
  2. Terbalikkan dan bakar bahagian kulit.
  3. Gunakan sudu dan salut udang dengan bahan topping.
  4. Bakar sehingga cheese cair.

Resepi Udang Bakar Cheese Capsicum

Imej via Facebook

Seterusnya resepi udang bakar cheese dengan capsicum. Rasa menu ini pedas-pedas lemak ala makanan western. Dijamin membuat anda ketagih tanpa sedar makan terlebih pinggan. Ayuh cubakan resepi daripada Kelas Baking EL di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Udang,
  • Susu Full Cream,
  • Daun Sup – dihiris halus,
  • Cili / Capsicum – cincang halus,
  • Mozarella,
  • Garam.
Cara-cara :
  1. Udang dibelah dua.
  2. Masukkan susu full cream, garam, daun sup, cili di atas udang yang telah dibelah dua.
  3. Tabur mozarella.
  4. Susun dalam dulang dan bakar.

Resepi Udang Bakar Cheese Lemon

Imej via Facebook

Resepi udang bakar cheese seterusnya menarik sebab letak lemon. Terus kecut air liur kan? Tapi sejatinya resepi udang bakar lemon tidak rasa masam pun, hanya saja rasa udang bakar jadi lebih sedap dan padu. Farahama Rozali ingin berkongsi resepi dengan anda semua.

Bahan-bahan :
  • Beberapa ekor udang yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar,
  • Sedikit mentega,
  • Keju mozzarella,
  • Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam pun boleh,
  • Bawang putih yang dicincang,
  • Sesudu lemon,
  • Mixed herbs (jika suka,tidak letak pun tidak apa)
  • Daun parsley dan tomato untuk hiasan.
Cara-cara :
  1. Mula-mula sekali, belah belakang udang yang telah dibersihkan tadi.
  2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, bawang putih, lada sulah, mixed herbs dan perahan lemon dalam satu bekas.
  3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
  4. Kemudian boleh susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
  5. Keju akan cepat cair, jadi kalau biar lama-lama nanti hangit pula cheese. Kena agak-agak bila udang sudah keperangan maksudnya udang sudah masak.
  6. Kejadian ini akan jadi lebih menarik kalau guna mozzarella cheese tapi ini Fara guna keju cheddar pun boleh.

Resepi Udang Bakar Cheese Sos tiram

Imej via Facebook

Baru nak mencuba masak udang bakar cheese? Ayuh cuba resepi mudah daripada Wan Siti Rahimah yang berkongsi di laman Facebook. Resepi mudah dan simple boleh buat untuk menu makan malam bersama keluarga.

Bahan-bahan :
  • Udang,
  • Sos tiram,
  • White pepper,
  • Bawang putih tumbuh halus,
  • Butter,
  • Cheese.
Cara-cara :
  1. Potong belakang udang tapi jangan sampai putus.
  2. Sapu sos tiram atas isi udang.
  3. Tabur sedikit white pepper dan bawang putih tumbuk halus.
  4. Letak butter atas isi udang.
  5. Tabur cheese (saya suka letak atas isi udang supaya melekat dekat udang).
  6. Bakar 190°C 25 min. Siap.

Resepi Udang Harimau Bakar Cheese

Imej via Facebook

Akhir sekali resepi kita ialah udang harimau bakar cheese. Sedapnya udang harimau besar-besar, makan 3 ketul cukup tak cukup? Ayuh untuk pastikan cukup atau tidak, kita terus buat resepi daripada Kanda Azrul di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 600 gram udang harimau,
  • 280 gram keju,
  • 100 gram mentega,
  • 50 gram bawang putih – dicincang halus,
  • 10 gram garam,
  • 10 gram serbuk perasa,
  • 20 gram gula,
  • 50 gram susu cair.
Cara-cara :
  1. Belah dua udang harimau.
  2. Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.
  3. Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.
  4. Susun udang atas dulang yang disapu mentega.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.

Resepi Udang Bakar Butter Cheese

Imej via Facebook

Udang bakar butter cheese cicah air lada pedas bedesik uih. Cuaca hujan-hujan sejuk macam ini memang menjadi lah rasanya. Resepi dikongsikan oleh Cik Ala di laman Facebook. Udang bakar butter cheese untuk makan tengahari.

Bahan-bahan :
  • Bawang putih,
  • Daun bawang,
  • Cili merah,
  • Butter cair,
  • Sedikit serbuk perasa,
  • Garam,
  • Serbuk lada hitam,
  • Mozzarella.
Cara-cara :
  1. Cuma dadukan bawang putih, daun bawang, cili merah.
  2. Gaulkan butter yang dicairkan, sedikit serbuk knorr, garam, serbuk lada hitam.
  3. Ratakan di atas udang yang dibelah belakang,.
  4. Tabur mozarella cheese dan bakar selama 15-20 minit (bergantung oven masing-masing), pada suhu 160C.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Udang Bakar Cheese, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cuba. Jemput baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.