Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Kerabu ( Sarapan Pagi)

author name

📄 ,

Resepi kali ini adalah resepi yang sesuai sebagai menu makan sarapan pagi. Ini adalahkategori menu makan pagi yang berat. Orang dulu biasa mengambil nasi sebagai sarapan pagi biasa. Ini kerana mereka bekerja berat sejak dinihari lagi, contohnya berkebun, bersawah ataupun meniaga. Oleh itu mereka mengambil nasi kerana ia membekalkan tenaga.

Nasi kerabu adalah menu sarapan pagi dari sebelah pantai timur. Nasi kerabu adalah nasi yang berasnya telah direndam dengan bunga telang. Ia dihidang bersama kelapa parut yangdigoreng dan di gaul dengan isi ikan. Kemudian ia dihidang bersama ulam-ulaman yang dipotong dan diracik. Sebagai penambah rasa budu dan sambal pedas dihidang bersamanya. Telur masin, keropok, daging atau ayam panggang serta ikan goreng tepung kadangkala dihidangkan bersama juga.

Nasi kerabu adalah satu resepi yang agak rumit kerana ia mempunyai banyak lauk samping, berbanding nasi lemak, tetapi tidak salah jika ingin mencuba ya. Mari lihat perkongsian Madam kali ini,bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.

 

Resepi Nasi Kerabu
Bahan-bahan

Nasi Biru

  • 1 cawan nasi
  • 8 bunga telang (atau pewarna biru 2-3 titis)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Sambal Ikan

  • Seekor ikan pelaling, rebus dan keluarkan isinya
  • Kelapa parut sebelah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 bawang merah
  • 1 cm halia, dikupas
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal cili

  • 3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
  • 4 bawang merah, dikupas
  • 300 ml santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru

  • Cuci beras dan rendam bersama bunga telang atau pewarna biru.
  • Tambahkan garam dan gula sedikit, masak seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan

  • Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan.
  • Tumbuk halia dan bawang merah, masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Siap ketepikan.

Cara memasak sambal cili

  • Kisar cili bersama bawang hingga halus.
  • Kemudian masak ia bersama santan, asam keping dan serai.
  • Masak dengan cara reneh hingga naik minyak,tambahkan gula garam dan sos ikan.
  • Siap, ketepikan.

Seperti yang anda lihat, bahan-bahan yang diperlukan agak banyak. Pembuatannya pula agak memakan masa. Jika anda orang Pantai Timur tentu tidak kekok memasaknya, namun jika anda bukan orang sana seperti Madam, anda pasti merasakan resepi ini mencabar.


Namun jadikan cabaran itu sebagai sesuatu yang positif, ia rumit tetapi jika anda berjaya, anda pasti merasakan kepuasannya. Dengan itu selamat mencuba ya!

Resepi Lain Yang Menarik


Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *