10 Resepi Kek Butter Kek Legend Yang Sedap

Kalau anda nak tahu kek butter atau kek mentega ini salah satu kek kampung. Nak buat pun sebenarnya mudah. Memang ramai yang suka dengan kek butter ini. Paling menarik bila nak buat kek butter ini bila dah siap dibakar semerbak harum bau butter.

Satu lagi tips kalau nak dapatkan rasa kek butter yang sedap atau premium anda perlu menggunakan butter yang berkualiti. Butter yang berkualiti ini membawa rasa yang sedap pada kek butter ini.

Jom baca koleksi resepi kek butter dengan pelbagai pilihan yang anda boleh cuba ikut minat tersendiri.

1. Resepi Kek Butter Oren

Resepi pertama kali ini adalah kek butter oren. Memang semerbak bau oren bila dah siap bakar, harum sangat. Makan pula bersama secawan kopi, siapa nak tolak kan? Jom cuba resepi dari As Danish

Bahan-bahan

  • 250 gram pure butter
  • 1 cwn marjerin pelangi
  • 1 1/4 gula kastor
  • 6 biji telur gred A
  • 2 sk esen vanila
  • 2 sb Sunquick oren
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sb parutan kulit oren

Cara Penyediaan

  1. Putar butter, marjerin dan gula kastor hingga putih gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Putar lagi sehingga adunan betul sebati.
  5. Masukkan tepung sikit demi sedikit diselang selikan dengan Sunquick oren.
  6. Masukkan parutan kulit oren kacau sebati.
  7. Masukkan dalam loyang. Saya guna size 10′.
  8. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180°c selama 55 minit atau hingga kek masak.

2. Resepi Kek Butter Lembap

Resepi ini adalah resepi original kek butter versi lembap. Cukup rasa dan bukan itu sahaja tekstur moist itu membuatkan sesiapa yang makan kek ini pasti terpikat. Resepi ini dari Rozmaliza Omar.

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 sdb susu pekat
  • 1/2 cawan susu segar
  • 5 biji telur A
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 4 sdb susu tepung
  • 1 sdt baking powder

Cara Penyediaan

  1. Ayak tepung gandum, susu tepung dan baking powder.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih berkrim. Masuk susu pekat putar sebati.
  3. Masukkan telur satu-satu dan esen vanilla putar hingga sebati.
  4. Masukkan susu segar berselangseli dgn tepung. Kaup balik hingga rata.
  5. Sapu loyang 8″ dgn mentega dan alas dengan baking paper.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 150c masa 1 jam.
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan kek atas redai selama 5 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

3. Resepi Kek Butter Susu

Resepi kek butter yang ini pasti menarik perhatian anak-anak anda. Dengan tekstur gebu dan rasa susu pasti mereka akan suka. Resepi kek ini dari Normilawati Nordin.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung jagung 3 sudu
  • Telur gred A 5 biji
  • Ovelett 1 sudu besar
  • Gula 3/4 cawan
  • Susu segar 1/3 cawan
  • Susu tepung 3 sudu
  • Secubit garam
  • Butter brand anchor dicair 1/2 cawan
  • Esen vanila 1 sudu besar

Cara Penyediaan

  1. Putar semua bahan diatas kecuali butter cair, mixer sehingga gebu dan ringan.
  2. Bila dah gebu stop mixer. Tuang butter cair dan pakai spatula gaul kaup balik sehingga sebati semua adunan.
  3. Alas loyang dgn paper baking. Tuang adunan dan hentak sedikit bakar kepanasan 150c selama 40 minit atau sehingga masak.
  4. *Butter dicairkan dahulu baru disukat 1/2 cawan (butter boleh diganti dgn minyak jagung, marjerin yang dicairkan dan buttercup biasa. Kalau dah takda semua minyak diatas. Minyak masak pun boleh. Cuma klaau pakai butter mahal kek akan wangi.

4. Resepi Kek Butter Cheese Blueberry

Jika sebelum ini pernah makan cheese tart blueberry kan? Kali ini versi kek butter pulak, memang sedap dan penuh filling blueberry. Jom cuba buat resepi ini dari Ct Noriezan.

Bahan-bahan

  • 250g butter anchor
  • 250g cheese tatura
  • 1 1/4 Cwn gula kastor
  • 2 1/4 Cwn tepung naik sendiri
  • 1/3 Cwn susu full cream
  • 3 biji telur A
  • Esen vanilla
  • Filling blueberry secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven 180°c Dan gris loyang 9×9 dgn shortening.
  2. Pukul butter + gula + Esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul lg sampai sebati.
  3. Masukan cheese pukul sebati dan masukan susu full krim tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukan tepung yang telah di ayak dan pukul lagi.
  5. Masukan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
  6. Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik.
  7. Masukkan lagi adunan dan laung sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak.

5. Resepi Kek Butter Simple

Kalau anda baru nak cuba resepi kek butter, anda boleh cuba resepi dari Noraliza Alwi ini, mudah nak buat.

Bahan-bahan

  • Butter 1 buku (250g)
  • Tepung gandum 200g
  • Gula pasir halus 200g
  • Baking powder 1 sudu teh
  • Susu segar 1/2 cawan
  • Telur gred B – 4 biji (5 biji kalau C)

Cara Penyediaan

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang sampai warna keputih-putihan.
  2. Masukkan telur satu-satu.
  3. Masukkan tepung bersama baking powder.
  4. Last sekali masukkan susu.
  5. Boleh bakar pada suhu 180C selama 40minit.
    Tips dan pesanan untuk elak kek batat:
    (Kek butter jenis kek ringan memang senang untuk mendap atau batat kalau tak jaga pantang larang).
  6. Butter dan telur pada suhu bilik, kalau simpan peti ais keluarkan lebih awal dalam 4-5 jam sebelum buat.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum masukkan adunan.
  8. Pastikan bahan dan alat 100% kering.
  9. Elakkan dari membuka oven sepanjang proses membakar.

6. Resepi Soucream Buttercake

Sourcream kek butter ini juga merupakan pilihan ramai peminat kek. Rasa masam manis ini membuatkan ramai suka dengan kek ini. Resepi ini dari Siti Suhaida Mohd Sani.

Bahan-bahan

  • 250gm butter anchor
  • 300gm gula pasir halus
  • 290gm tepung naik sendiri
  • 200gm sourcream (Brand Sunglo)
  • 6biji telur A
  • 1/2 cup susu cair/ susu full cream
  • Esen Vanilla

Cara Penyediaan

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang ringan.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan vanila.
  3. Masukkan tepung selang seli dengan sourcream.
  4. Masukkan susu cair atau susu full cream.
  5. Bakar sekitar 40minit suhu 170 darjah atau sampai masak.
  6. If guna loyang 7inci boleh dapat dua biji kek.

7. Rsepi Kek Butter Versi Blender

Resepi ini sesuai untuk anda yang tiada mixer. Guna blender pun boleh. Mudah kan? Resepi mudah ini dari Mazni Ilham.

Bahan-bahan

  • Telur gred B 4 biji
  • 1 buku buttercup
  • Gula stgh cawan
  • Susu pekat 3/4 cawan
  • 1 sudu ovallette
  • 1 sdu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan

  1. Blend sampai sebati.
  2. Dalam mngkuk ayak 2 cawan tepung naik sendiri dan bancuh dengan bahan blend tadi.
  3. Boleh bahagi beberapa warna yang kita nak selangkan dalam loyang dan bakar sampai masak.

8. Resepi Kek Butter Pelangi

Pasti anda ingin tahu bagaimana nak dapatkan bentuk atau rupa kek pelangi kan? Jom baca resepi dari Nor Azliza Mohamed ini.

Bahan-bahan

  • 1 cwn butter
  • 1 cwn gula halus
  • 3 bj telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb susu pekat manis
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sk baking powder – ayak
  • Pewarna yang digemari

Cara Penyediaan

  1. Mix butter + gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen vanilla + susu pekat , gaul sebati.
  4. Masukkan tepung+ baking powder yang diayak tadi( kaup balik).
  5. Bahagikan kepada 2 @ 3 adunan & boh pewarna ikut citarasa.
  6. Ambil satu senduk setiap adunan @ selang selikan ke dalam baking tray sehingga habis.
  7. Bake 170°c 45 – 1 jam @ sehingga masak.

9. Resepi Kek Butter Prune

Keunikan resepi kek butter prune ini adalah kek ini dibuat tanpa mengggunakan sebarang tepung penaik dan tepung kek. Hanya mengguna tepung gandum sahaja. Resepi mudah ini dari Pae AF.

Bahan-bahan

  • 5biji telur B
  • 220 gula halus
  • 250g buttercup
  • 250g tepung gandum cap bunga ros
  • 70g/ml susu cair / susu full cream
  • 1 penutup esen vanilla
  • Prune utk hiasan

Cara Penyediaan

  1. Pukul butter dengan gula sehingga putih & gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli.
  5. Sapukan loyang dengan majerin dan lapikakan kertas minyak.
  6. Masuk adunan dalam loyang susun prune.
  7. Bakar jangan lupa panaskan oven sebelum bakar kek.
  8. Saya guna loyang saiz 8 bakar suhu 150 api atas bawah 45mnt bergantung pad aoven masing-masing ye.

10. Resepi Kek Butter Lemon Moist

Selain kek butter oren, kek butter lemon juga adalah kek yang mempunyai haruman yang memikat selera ketika dah siap dibakar. Jom cuba buat resepi dari Nomie Jalil.

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1buku butter
  • 1/2cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn susu tepung
  • baking powder 1/2 sdu teh diayak dengan tepung
  • 5 biji telo
  • 1 cwn gula halus
  • Parutan kulit lemon dan jus setengah biji.

Cara Penyediaan

  1. Butter dan gula di pukul sampai kembang, masukkan telur sebiji-biji, parutan kulit lemon dan jus ,tepung jagung, susu dan tepung gandum gaul sebati.
  2. Selepas itu masukkan dalam loyang yang disapu mentega dan tepung gandum. Bakar selama 45minit suhu 160.

Resepi Menarik Lain

Ada lagi pelbagai jenis resepi menarik dan enak yang telah kami sediakan untuk. Jangan lupa cuba ya resepi ini. Terima kasih kerana telah melawat laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *