Resepi kali ini merupakan resepi minuman sejuk yang sangat popular suatu masa dahulu. Masa trending air gelas besar mulai menjadi viral ini adalah antara air yang digemari ramai. Air blue vanilla shake ini menggunakan bahan seperti aiskrim vanila dan perisa blue ocean yang boleh dibeli secara online, baiklah bagi anda yang mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Air 500ml ( jug kecil)
- ½ tin susu manis
- 1 tin susu cair
- 2 tbsp blue ocean mix
- 3 tbsp aiskrim vanila
- Air batu secukupnya
Kaedah
- Kisar semua bahan dan tuang dalam gelas pilihan anda.
- Hias dengan aiskrim vanila dibahagian atasnya
- Siap!
Kalau anda tidak mempunyai blue ocean mix anda boleh menggunakan pewarna bersama perisa vanilla. Aiskrim vanila akan menaikkan rasa vanila tapi jangan terlalu banyak sebab akan terasa seperti aiskrim pula. Hidang dengan gelas tinggi untuk mendapatkan vibe ala cafe jika ingin sesuatu yang istimewa untuk orang yang tersayang. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.