Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Tumis Kepala Ikan Makan Dengan Nasi Panas Asyik

Resepi kali ini merupakan masakan yang sesuai dijadikan hidangan makan tengahari. Asam tumis kepala ikan ini adalah masakan ringkas namun begitu sedap dan amat mudah untuk disediakan, dia macam asam pedas cuma dia lebih cair. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah bawang besar, putih, halia dan juga sedikit cili kisar namun paling penting ialah asam jawa atau pun asam keping. Untuk kepala ikan anda boleh guna apa jenis ikan yang sesuai tetapi mestilah ikan jenis besar seperti ikan merekah, tenggiri ataupun ikan mayong. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Kepala ikan tenggiri/merah/jenahak
  • Bahan -bahan kisar
  • Bawang besar 1biji /merah 5 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Belacan
  • Cili kisar/cili kering siap potong dan rebus

Bahan lain

  • Asam jawa Adabi anggaran 1 tbsp
  • Bendi
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam dan ajinomoto seckup rasa

Kaedah

  • Tumis semua bahan kisar hingga naik minyak
  • Tambah air dan juga asam jawa
  • Masukkan bunga kantan dan daun kesum
  • Bila dah menggelegak masukkan ikan dan juga bendi
  • Masak hingga ikan masak dan sayur lembut (jangan lama sangat takut ikan hancur)
  • Akhir sekali baru tambahkan garam dan ajinomoto.
  • Siap!

Kalau nak tambah tomato pun sedap,bendi kalau tak suka tak perlu tambah.Masakan ini sesuai jika dihidang bersama sambal belacan, ikan masin ataupun ikan goreng berlada. Jamu bersama nasi panas pasti akan bertambah berselera. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.